-->

“Lama dalam industri bukan lesen jadi b1adap” Dato Hattan mungkin digam dari Stesen TV

Menerusi rakaman video yang tular, Hattan dihubungi oleh pembaca berita sebuah stesen TV swasta menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Nama penyanyi otai, Datuk Hattan panas dan menjadi bahan perdebatan netizen selepas insiden menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta kerana tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh pembaca berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Soalan diajukan kepada penyanyi Memburu Rindu itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas kira-kira jam 8.41 malam kelmarin.

Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula pembaca berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Dalam nada serius, Hattan mengulangi semula soalan dan menegur pembaca berita yang didakwanya tidak membuat persediaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila pembaca berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.

Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian.

Susulan kejadian itu, akaun Instagram (IG) Hattan diserang netizen hingga menyebabkannya terpaksa menukar akaun media sosialnya itu kepada privasi.

Meninjau ruangan komen dalam hantaran yang dibuat penyanyi yang terkenal dengan irama Blues itu, netizen berpendapat sebagai penyanyi senior, Hattan tidak sepatutnya ‘koyak’ dan perlu lebih beradab kerana tindakannya memalukan pembaca wanita terbabit .

“Datuk, adab sepatutnya diletakkan nombor satu. Sebagai artis senior sepatutnya tunjuk tauladan yang baik. Bukan mengamuk tak tentu hala. Pemberita tanya elok, dijawabnya dengan cara biadap.

“Lari dari soalan pula, tanya lain jawap lain. Pastu hang up phone terus. Ya ampun, ini live berita bukan Akademi Fantasia,” komen seorang netizen.

Seorang lagi netizen berpendapat, tak semua perkara mengenai XPDC diketahui.

“Tak wajib pun, pembaca pun dah cakap jika Datuk tahu apa-apa boleh kongsi. Jika saya pembaca berita, saya malulah dimalukan macam tu,” kata netizen itu.

Bagaimanapun, ada juga pengikut yang mempertahankan tindakan Hattan dan menyifatkannya sebagai teguran membina.

“Bagi aku, Datuk Hattan menegur, sebagai wartawan patut buat research kalau nak buat sebarang task.

“Mana boleh main semborono buat task then tanya guest. Soalan itu menjerat diri.

“Apa Saari Amri la, merepek melalut. Kena ada study case apa saja tasking tambah? Live.

“Betul la apa Datuk Hattan cakap. Nampak kasar teguran, tapi bagi kami sangat membina. Good job Datuk,” kata seorang netizen yang mempertahankan Hattan.

Sementara itu, wakil stesen TV swasta berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas insiden yang tular.

Usaha untuk mendapatkan kenyataan Hattan tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Kredit- BH

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar