-->

'Jangan kecam, dia tetap suami & bapa kepada anak-anak saya' - Inara minta netizen berhenti kecam Virgoun



Susulan pendedahannya Inara Rusli mengenai suami, Virgoun, yang didakwa curang buat kali kedua sehingga sanggup menjalinkan hubungan terlarang dengan pekerja seks, penyanyi itu dikecam teruk di media sosial.


Kecewa melihat reaksi netizen, Inara tampil meminta netizen berhenti mengecam suaminya kerana lelaki itu tetap suami dan ayah kepada anak-anaknya. 


Baca : 'Kalau saya terbukti curang lagi, saya sedia ceraikan isteri' - Penyanyi Virgoun kantoi curang, isteri dedah suami pernah langgan pelacur


"Kawan-kawan, mohon sangat jaga pertuturan dan kata-kata ketika komen. Saya berterima kasih di atas segala simpati dan sokongan kalian. Tetapi saya mohon jangan ada ucapan yang kasar terhadap suami saya," katanya menerusi hantaran di Instastory. 


"Walau bagaimanapun dia tetapi suami saya yang tidak terlepas daripada membuat keburukan. Boleh menasihati tetapi janganlah mengherdik, supaya hidayah dapat masuk ke hatinya. Doakan dan nasihatkan yang baik-baik. 


"Saya yakin awak semua lebih baik dan bijak daripada ini. Sekali lagi terima kasih," tambahnya lagi.


Inara sebelum ini membongkar kecurangan suaminya bersama wanita yang bernama Austina Tenri Ajeng Anisa. Perkara itu terbongkar selepas Inara dimaklumkan oleh pengikutnya di Instagram. 


Dalam pendedahan Inara, Virgoun pernah terkantoi sekali dengan wanita yang sama tetapi lelaki itu mengaku dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut, berserta dengan surat aku janji di mana dia akan bersedia menceraikan Inara sekiranya dia curang sekali lagi.



LihatTutupKomentar