-->

Buat konten makan babi sambil baca Bismillah, Influencer Lina Mukherjee diburu polis kerana mempersenda agama Islam



Influencer Lina Mukherjee (beragama Islam) yang pernah tular di media sosial kerana memuat naik video menunjukkan dirinya memakan kulit babi atas dasar ingin tahu, kini diburu oleh pihak berkuasa. 

Wanita berasal dari Indonesia itu didakwa telah mempersendakan agama Islam kerana membuat konten di TikTok dengan memakan kulit babi sambil membaca bismillah. 


Baca: (Video) 'Aku cuma nak tahu apa rasa daging babi' - Wanita Indonesia selamba makan daging babi demi content di TikTok


Lapor media Indonesia, pihak berkuasa kini sedang giat mengesan wanita itu dan akan menahannya secara paksa untuk membantu siasatan. 


Difahamkan, selepas video Lina memakan kulit babi tular di media sosial, seorang peguam bernama M Syarif Hidayat, telah membuat lapoarn polis.


Pengarah Unit Siasatan Jenayah Khas, Polis Sumatera Selatan, Agung Marlianto berkata, kes berkenaan sedang disiasat dengan teliti sebelum menamakana Lina Mukherjee sebagai suspek. 


Berdasarkan dapatan awal, pihak Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Selatan pada 18 April lalu menyatakan tindakan Lina itu adalah jelas sekali sama seperti mempersendakan agama Islam. 


Sebelum ini juga, polis telah menghantar surat panggilan kepada Lina untuk tampil disoal siasat. Namun surat tersebut tidak diendahkan, malah Lina juga tidak datang tanpa sebab yang jelas. 


Terbaru, polis sekali lagi menghantar surat panggilan kedua dan jika Lina tidak memberi sebarang respon, pihaknya akan mengambil tindakan tegas.  



LihatTutupKomentar