-->

“Sayu pula dengar pendedahan Yusof Haslam .. Sampai hati Syamsul buat ibu tertunggu pada hari raya..

Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam menafikan spekulasi yang tular mengatakan isteri kedua anaknya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar datang beraya di rumah, baru-baru ini.

Yusof Haslam sekeluarga beraya di Pulau Pinang

Pemilik nama Mohd Yusof Md Haslam Khan berkata, dia sebenarnya tidak terkejut dengan spekulasi yang dibuat oleh segelintir pihak yang dia sendiri tidak tahu punca mereka berbuat demikian.

Jelasnya, mereka sekeluarga bersama besan iaitu ibu bapa aktres jelita, Puteri Sarah Liyana bercuti di Pulau Pinang sejak raya kedua.

“Sebenarnya saya tak terkejut pun berita palsu begini ‘dinaikkan’ segelintir pihak yang saya sendiri pun tidak tahu faedah apa mereka dapat dengan menipu.
“Pada 2 Syawal kami sudah terbang ke Pulau Pinang selama dua hari bersama anak menantu Sarah, ibu bapanya serta cucu-cucu,”ujarnya.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata, mereka beraya bersama Puteri Sarah pada pagi 1 Syawal.

“Sebelum itu menantu kami beraya dengan kami pada pagi 1 Syawal, sebelum menyambut Aidilfitri ini dengan keluarganya di Shah Alam, pada sebelah petang.

“Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita itu datang beraya kerana sepanjang ketiadaan kami ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah,”jelasnya.

Yusof Haslam berkata, jika ada individu yang datang beraya di rumah mereka pun cuma sekumpulan kanak-kanak bukannya Ira Kazar seperti mana kecoh di media sosial.

“Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia ke rumah kami,” katanya lagi.

Enggan berharap Syamsul pulang beraya

Sementara itu, pengarah filem Sembilu mengatakan dia dan isteri enggan berharap lagi sama ada tahun ini Syamsul pulang ke rumah bagi meraikan Syawal bersama mereka sekeluarga.

Namun, mereka sentiasa terbuka menanti kepulangan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Sebelum ini ibunya ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak sudah dewasa dan punya keluarga sendiri.

“Sekarang isteri saya itu dah tak mahu berharap lagi, dan minta saya pun jangan tertunggu-tunggu. Mungkin kerana tak ingin rasa kecewa.
“Apa pun macam yang selalu saya cakap, pintu rumah sentiasa terbuka untuknya,”ujar Yusof Haslam.

Disoal mengenai kesahihan sama ada Syamsul menceraikan menantu mereka, Puteri Sarah sebanyak dua kali, dia mengatakan tidak pasti berkenaan dakwaan tersebut.

“Ada atau tidak saya pun tak pasti. Kena tanya pada isteri saya sebab banyak perkara dikongsi antara mereka,” tambahnya.

Terdahulu, kes perceraian pasangan selebriti itu masih berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai terhadap isterinya pada 18 April lalu.

Kisah rumah tangga pasangan itu mendapat perhatian ramai apabila Puteri Sarah mendedahkan hadirnya pihak ketiga, Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Bahkan, Syamsul juga mengakui dia sudah bernikah dengan Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin pada awal Januari lalu di Thailand.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba isteri kedua Syamsul Yusof didakwa beraya di kediaman Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail seperti yang ditularkan dalam media sosial, baru-baru ini.

Enggan spekulasi terus bertebaran, Yusof menyangkal berita palsu tersebut, selain menyatakan mereka sekeluarga bersama besan iaitu emak dan ayah Puteri Sarah Liyana bercuti di Pulang Pinang sejak raya kedua.

“Sebenarnya saya tak terkejut pun berita palsu begini ‘dinaikkan’ segelintir pihak yang saya sendiri pun tidak tahu faedah apa mereka dapat dengan menipu.

“Pada 2 Syawal kami sudah ‘terbang’ ke Pulau Pinang selama dia hari bersama, anak menantu termasuk Sarah, ibu bapanya serta cucu-cucu.

“Sebelum itu menantu kami beraya dengan kami pada pagi 1 Syawal, sebelum menyambut Aidilfitri ini dengan keluarganya di Shah Alam, pada sebelah petang.

“Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita itu datang beraya kerana sepanjang ketiadaan kami ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah.

“Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia ke rumah kami,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menyentuh mengenai sama ada tahun ini Syamsul kembali meraikan Syawal bersama mereka selepas tiga tahun tidak berbuat demikian. Katanya, dia dan isteri enggan lagi berharap.

Namun andai dibukakan hati anak lelakinya itu balik bersalaman dengan mereka, pintu rumah sentiasa terbuka menyambut kepulangannya.

“Sebelum ini ibunya ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak sudah dewasa dan punya keluarga sendiri.

Kredit-mykmu

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar