-->

Suami nekad bunuh isteri kerana bengang tak dizinkan kahwin dengan adik ipar yang sedang hamilkan anaknya



Seorang lelaki di Kabupaten Tulang Bawang, Lampung, Indonesia nekad membunuh isterinya dengan cara menggunakan racun yang dicampur dengan air putih dalam kejadian Khamis lalu.


Suspek berusia 28 tahun membunuh mangsa, 30, kerana sakit hati tidak dibenarkan berkahwin dengan adik iparnya yang masih bersekolah.


Sebelum bernikah dengan mangsa, suspek terdahulu sudah menjalinkan hubungan dengan adik perempuan wanita berkenaan. 


Kes pembunuhan itu terbongkar selepas kakak kepada mangsa curiga dengan kematian adiknya secara tiba-tiba dan membuat laporan polis. 


Siasatan polis mendapati, mangsa dibunuh oleh suspek menggunakan racun yang dibelinya secara online, selepas mengetahui fungsi bahan kimia itu melalui video di YouTube. 


Pada hari kejadian, suspek mencampur racun itu dengan air putih. Mangsa yang sedang tidur dikejutkan dan dipaksa minum air beracun itu. 


Selepas berbuat demikian, suspek keluar dari rumah dan kembali selepas 30 minit kemudian. Ketika itu, mangsa dalam keadaan mengelupur kekejangan. Suspek berpura-pura panik dan terus membawa mangsa ke klinik. Namun mangsa pada waktu itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. 


Suspek mengaku dia membunuh isterinya kerana tidak berpuas hati hasratnya untuk berkahwin dengan adik iparnya sendiri tidak dibenarkan oleh mangsa. 


Meskipun sudah berkahwin dengan mangsa, suspek berterusan menjalinkan hubungan dengan adik iparnya sehingga pelajar itu hamil dan meminta suspek bertanggungjawab. 


Suspek kini berdepan dengan pertuduhan membunuh dan bakal dijatuhkan hukuman mati. 


Sumber: Kompas

LihatTutupKomentar