-->

Budak 7 tahun dilemaskan sebelum diperkosa oleh teman lelaki kakaknya



Andika Putra Lihawa, 20, penduduk di Desa Kawangoan Baru, Sulawesi Utara, Indonesia, telah ditahan polis kerana membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. 


Mangsa dibunuh dengan cara dilemaskan di pantai pada Selasa, 28 Mac lalu sebelum mayatnya diperkosa dengan kejam. 


Difahamkan, suspek merupakan teman lelaki kepada kakak mangsa. 


Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 malam di mana suspek mengajak mangsa keluar ke pantai. Tiba di lokasi, suspek memaksa mangsa membuka pakaian tetapi ditolak. 


Bengang permintaannya ditolak, suspek melemaskan mangsa ke dalam air sehingga meninggal dunia dan memperkosa mayat mangsa. 


Selesai melampias nafsu serakahnya, mayat mangsa disembunyikan dalam celahan batu dengan harapan tiada sesiapa yang menemui mayat kanak-kanak itu. 


Namun pada keesokan harinya, mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang kemudian membuat laporan polis. Polis masih mencari barang-barang bukti seperti pakaian mangsa, tetapi dipercayai telah dibuang ke laut dan sehingga kini masih belum ditemui. 


Sumber: Kompas

LihatTutupKomentar