-->

(Video) 'Dayah & Hamzah disihir & alami gangguan mistik sejak arwah Abam meninggal dunia' - Hidayah rayu bantuan dari pakar perubatan Islam



Balu kepada arwah Abam Bocik, Siti Nur Hidayah Mohd. Ali semalam meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk merawat masalah yang dialaminya sejak sekian lama. 


Dalam hantaran di Instagramnya semalam, Hidayah menjelaskan dia dan anaknya, Hamzah, mengalami gangguan mistik semenjak suaminya meninggal dunia. Dan gangguan yang dipercayai berpunca dari perbuatan sihir itu dikatakan berlarutan sehingga ke hari ini. 


"Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan. Kepada sesiapa sahaja, pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik dan sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang Dayah dan Hamzah disihir dan gangguan mistik sejak arwah suami meninggal dunia. 


"(Gangguan itu) berlarutan sehingga kini. Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi abang kepada Dayah, Azmir, di talian berkenaan: 013-3548178," katanya. 



Tindakan Hidayah itu mengundang banyak persoalan ramai. Namun kebanyakannya enggan bersangka buruk dan mendoakan agar masalah Hidayah dan anaknya dapat diselesaikan segera. 


Tidak kurang juga yang menasihatkan Hidayah mencari pakar perubatan Islam kerana bimbang ada individu atau pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas Hidayah, berikutan ramai individu yang tidak bertanggungjawab mengaku diri mereka sebagai pakar perubatan Islam tetapi sebenarnya scammer. 


Sumber: Instagram Siti Nor Hidayah Mohd Ali



LihatTutupKomentar