-->

Tumpahkan bekas air sabun, budak 3 tahun maut dicekik ibu kandungnya di dalam bilik mandi



Seorang kaak-kanak berusia tiga bulan meninggal dunia akibat diseksa oleh ibu kandungnya sendiri di Kecamatan Kampar, Riau, Indonesia. 


Perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa ditemui tidak bernyawa di dalam bilik mandi setelah diserang secara fizikal oleh ibunya. 


Ketua Polis Kampar, Didik Priyo Sambodo berkata, perkara itu disedari oleh bapa mangsa yang curiga melihat keadaan badan anaknya yang sudah sejuk dan kaku, selain mendapati ada kesan luka di dahi mangsa. 


Apabila ditanya pada isteri, wanita itu memberitahu mangsa terjatuh dalam bilik mandi. 


Mangsa terus dibawa ke klinik dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis. 


Ibu mangsa berusia 32 tahun ditahan dan ketika disoal siasat, suspek mengaku menyesal kerana menganiaya anaknya disebabkan hal remeh. 


"Suspek berkata semasa kejadian dia sedang mencuci pinggan di bilik mandi. Mangsa telah menumpahkan bekas air sabun dan bermain buih. 


"Geram dengan perbuatan mangsa, suspek terus memukul kepala anaknya menggunakan gayung sebanyak tiga kali. Kemudian suspek mencekik leher anaknya sehingga mati," katanya. 


Keputusan laporan bedah siasat juga mendapati ada kesan luka di tengkorak mangsa. Kini suspek telah direman untuk menghadapi pendakwaan di mahkamah. 


Sumber: Kompas

LihatTutupKomentar