-->

“Sedar Kah d0 sa kamu?.. Kamu telah menghancurkan..”tidak dapat tahan kecewa.. Slps Syamsul Setuju ceraikan Puteri Sarah.. Tak sangka ini kata2 Ibu Syamsul kepada Ira Kazar…

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya sudah mulai reda apabila masing-masing mulai berdamai dan pengarah tersohor itu juga setuju untuk menjatuhkan talak pada 18 April 2023.

Kata sepakat tersebut telah dicapai bersama selepas masing-masing duduk berbincang pada Ahad sebelum hadir ke mahkamah semalam.

Hancurkan rumah masjid orang lain
Susulan daripada khabar titik noktah rumah tangga yang mereka bina itu, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail telah menulis perkongsian di Insta Story seakan ditujukan kepada individu yang menjadi punca keretakan rumah tangga anaknya dengan Puteri Sarah.

“Sedarkan dosa kamu yang telah menghancurkan sebuah masjid dan membuat air mata seonrang ibu mengalir tanpa henti,” tulisnya.

Walaupun tidak menjelaskan kata-kata tersebut ditujukan kepada siapa, namun mungkin ramai yang boleh mengagak apa yang dimaksudkan oleh isteri kepada penerbit filem Datuk Yusof Haslam itu.

Sebelum ini, Datuk Yusof menyatakan yang reda dengan ketentuan takdir dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya, Syamsul dan juga menantunya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Ujarnya, apa juga hubungan mereka, dia dan isteri akan tetap menjalinkan hubungan baik dengan besan mereka, keluarga Puteri Sarah seperti dahulu.

Untuk rekod, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu telah menfailkan penceraian terhadap suaminya selepas 4 tahun menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Syamsul juga telah mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar di Thailand dan sekali gus mengiyakan khabar angin tentang hubungan mereka selama ini.

Selepas pelbagai luahan dan juga pendedahan dari kedua-dua pihak, mereka telah duduk berbincang dan bersetuju untuk berpisah secara baik pada 18 April 2023 nanti.

Sumber: Instagram dpatimah012



LihatTutupKomentar