-->

“Tlada Siapa Kahwin Untuk..” Ramai yg sebak, Individu ini dedah yg berlaku saat pertemuan Sarah dan syamsul didalam bilik ini

Pelakon, Puteri Sarah menitipkan rasa syukur setelah suaminya pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah bersepakat untuk menamatkan perkahwinan secara baik pada 18 April ini.

Tarikh tersebut telah ditetapkan oleh Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dengan mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik.

Titip Rasa Syukur & Sebak Lihat Situasi Puteri Sarah & Syamsul Yusof. tp x Rakan kepada Puteri Sarah, Fazlinda Zain yang turut serta pada hari prosiding status Jawatankuasa Pendamai (JKP) menitipkan rasa syukur dan sebak apabila melihat situasi Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi diri mereka yang sebenar.

“Di hari baik bulan baik ni, harini kami menjadi saksi betapa kuat, matang, profesional dan tabahnya seorang Puteri Sarah, dan apa yang berlaku ni dengan izin Allah, kami semua panjatkan rasa syukur bila lihat situasi ini, bila kedua-dua menjadi diri mereka yang sebenar. Allahu, sebak memang sebak tapi aturanNya lah sebaik-baiknya.-tulis Fazlinda Zain. “Tiada Siapa Kahwin Mahu Berpisah”.

 

 

Akui ramai yang rasa marah, sedih, sebak, serta tidak puas hari terhadap apa yang sedang berlaku, Fazlinda menjelaskan bahawa tiada siapa yang mendirikan rumah tangga untuk berpisah serta menitipkan doa agar Puteri Sarah terus kuat dan lebih tenang.

“Ingatlah bahawa kita bukan sesiapa dan mereka lebih tahu apa yang terbaik. Tiada siapa berkahwin untuk berpisah. bak kata Sarah tadi, cinta tak seharusnya memiliki, semoga Sarah akan terus kuat dan lebih tenang selepas ini.-tulis Fazlinda lagi.

Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.

“Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan.

“Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.

 

 

“Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah turut menganggap kekecewaan yang dialaminya sebelum ini hanyalah sementara dan mahu menjalani kehidupannya lebih tenang selepas ini.

“Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita.“Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah.

“Semoga Allah hadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri kita selalu. Amin,” katanya. Terdahulu, Sarah telah mendedahkan dirinya bersama Syamsul sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara aman mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui.

Malah, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan 18 April ini untuk pengarah, Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah Liyana, pagi tadi.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan. Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Sumber : murai



LihatTutupKomentar