-->

'Pulanglah Qistina, Daddy tunggu awak balik' - Anak hilang rupanya lari dari rumah sebab trauma diperkosa bapa tiri



Baru-baru ini tular seorang wanita memaklumkan tentang kehilangan anak perempuannya yang berusia 16 tahun. Aliah Qistina Budiyanto dikatakan hilang secara tiba-tiba dari rumah mereka di Jasin, Melaka.


Pelbagai spekulasi yang telah diperkatakan mengenai kehilangan remaja itu termasuklah dakwaan ibunya bahawa mereka sekeluarga seperti dipukau. Selain itu juga, timbul dakwaan mengatakan Qistina dilarikan oleh lelaki warga Indonesia.


Remaja itu juga dikatakan keluar dari rumah tanpa membawa telefon bimbit, dompet, dan kad pengenalan.


Setelah beberapa hari usaha mencari Qistina dilakukan, akhirnya Qistina dijumpai di pangsapuri rakan lelakinya  di Kampar, Perak. Hasil soal siasat,remaja itu mengaku secara suka rela mengikut rakannya itu dan tinggal bersamanya serta tidak mengalami sebarang kecederaan.


Namun begitu, punca remaja ini menghilangkan diri akhirnya terbongkar apabila dia mendakwa dirinya telah dirogol oleh bapa tirinya.


Bertindak atas maklumat itu, polis telah menahan reman seorang pengawal keselamatan selama seminggu untuk membantu siasatan kes rogol anak tirinya hingga menyebabkan mangsa melarikan diri akibat trauma, bulan lalu.


Turut direman, isterinya bagi membantu siasatan atas dakwaan bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek ke atas mangsa.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Siti Nur Ain Ariffin bermula 9 hingga 15 April ini selepas dipohon pihaknya mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Katanya, terdahulu satu laporan dibuat mangsa berusia 16 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada 6 April lalu, jam 4.59 petang.


"Polis menjalankan siasatan sebelum menahan bapa tiri dan ibu kandung mangsa masing-masing berusia 36 dan 40 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) jam 9.30 malam tadi sejurus tiba dari Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram dan menyubahati perbuatan itu.


Sementara itu, status di Facebook milik bapa tiri remaja berkenaan dihujani dengan komen netizen. Rata-rata mereka mengecam tindakan tidak bermoral lelaki itu.


"Pulang la Qistina, daddy tunggu awak balik. Pulang sayang," tulisnya.


Sumber: Kosmo Online, Berita Harian, TikTok BangCik Nizam, Djdanns Dnd



LihatTutupKomentar