-->

'Kau ingat ini tempat kau ker?!' - Peniaga mercun dibelasah sekumpulan lelaki tak berpuas hati kawasan mereka 'dilanggar'



Tular satu video yang menunjukkan satu pergaduhan di antara dua peniaga mercun di Kulai, Johor dipercayai berpunca daripada perebutan tapak berniaga mercun.


Ketua Polis Daerah Kulai, berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 41 tahun pada Selasa lalu yang mendakwa dia telah didatangi oleh sekumpulan lelaki dan berbincang mengenai perniagaan mercun di kawasan tapak bazar tersebut. 



Bagaimanapun perbincangan itu bertukar menjadi tegang apabila salah seorang suspek menendang pengadu di bahagian dada menyebabkan dia terjatuh, sebelum diserang dengan sebatang kayu serta dibelasah beberapa lelaki.


"Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di bahagian muka, tangan kiri dan kanan serta mengalami sakit di bahagian badan. 


"Pengadu turut mengalami kehilangan wang sejumlah RM5,405 yang dipercayai telah dirampas oleh suspek semasa kejadian," katanya.


Mangsa yang mengalami kecederaan itu telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk mendapatkan rawatan. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan lima suspek warga tempatan berusia dari 18 hingga 47 tahun dalam serbuan dan lokasi berasingan pada Rabu, 5 April 2023. Polis turut merampas sebatang kayu dan sehelai baju yang digunakan dalam kejadian itu. 




Siasatan awal mendapati, suspek berbuat demikian kerana berlaku perselisihan faham di antara mereka. Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. 


Polis juga sedang giat mengesan saki baki suspek yang dipercayai masih bebas. 


Sumber: Jabatan Netizen Malaysia, Polis Daerah Kulai



LihatTutupKomentar