-->

'Malam tadi diorang discuss pun tenang, boleh gelak-gelak lagi...' - Ramai sedih tengok gambar Puteri Sarah & Syamsul di mahkamah hari ini



"Alhamdulillah tenang. Berkah Ramadhan. Semoga berakhir dengan baik," demikian kata Puteri Sarah Liyana pada gambar yang dimuat naik di Instastory sebelum memasuki kamar mahkamah pagi tadi. 


Media hari ini melaporkan, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof, bersepakat untuk bercerai memandangkan masalah rumah tangga mereka tidak menemui jalan penyelesaian.


Baca: 'Alhamdulillah semuanya dipermudahkan' - Gagal berdamai, Puteri Sarah & Syamsul Yusof bersetuju untuk bercerai secara baik




Difahamkan, pasangan itu mengadakan pertemuan pada malam Ahad untuk berbincang mengenai perkara berkaitan dengan terma dan syarat masing-masing.

Puteri Sarah turut berkongsi video rakaman kenalannya yang menunjukkan dia berbual, berbincang, malah berjalan seiringan dengan Syamsul di mahkamah, membuatkan segelintir netizen bersedih. 


Perkongsian daripada kenalan Puteri Sarah juga menambahkan lagi kesayuan netizen yang setia memberi sokongan kepada pelakon itu selama ini. 






"Sedih pula tengok adik-adik saya dalam gambar ini. Malam tadi diorang discuss pun di rumah saya. Berkat Ramadan, discussion itu tenang dan diorang boleh gelak-gelak lagi. 


"Terlerai sebuah ikatan kerana kejahatan seorang manusia. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya dan Sarah berhak mengejar kebahagiannya sendiri. Doa kami semua mengiringmu," katanya. 


Mahkamah menetapkan 18 April ini untuk kedua-dua belah pihak merekodkan terma berpisah secara baik. 


Sumber: Instagram Puteri Sarah



LihatTutupKomentar