-->

Mahkamah terkejut, Syamsul Yusof tak jadi lafaz cerai terhadap Puteri Sarah



Pengarah Syamsul Yusof hari ini tidak melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah. Dan tindakan Syamsul itu mengejutkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 


Ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, usaha mereka untuk menyelesaikan masalah rumah tangga berkenaan secara baik tidak berjaya. 


Syamsul dan Puteri Sarah dikatakan telah berbincang mengenai terma-terma perceraian, tetapi pasangan itu tidak berjaya mencapai persetujuan. 


Dan disebabkan itu, Puteri Sarah mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). 


Sumber: Sinar Harian



LihatTutupKomentar