-->

'Jangan tiba-tiba Syamsul tukar fikiran pula' - Puteri Sarah berharap dia dilepaskan hari ini



Pelakon Puteri Sarah hadir ke mahkamah hari ini dengan begitu wajah yang amat ceria kerana hari yang dinanti-nantikannya sudah tiba. 


Datang dengan busana putih, wanita berusia 38 tahun itu berharap Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadapnya hari ini agar dia boleh meneruskan kehidupan baharu yang telah lama dirancang. 


Namun begitu, Puteri Sarah berharap keputusan perbincangan yang telah dicapai oleh kedua-dua pihak tempoh hari tidak akan mengubah pendirian Syamsul yang telah bersetuju untuk melepaskannya. 


"Sepanjang minggu ini, Alhamdulillah semuanya tenang. Semoga manis itu sampai ke hari ini. Jangan tiba-tiba dia tukar fikiran pula. Apa pun saya berserah terhadap segala kemungkinan yang bakal berlaku pada hari ini. 


"Harap tiada lagi pergaduhan atau rasa tak puas hati. Saya nak selesaikan semuanya hari ini. Saya nak kebebasan. Kalau tak dilepaskan, saya akan beritahu sebabnya. Nantikan," katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online. 


Puteri Sarah berharap semua permasalahan itu dapat berakhir dengan segera dan dia perlu memberi fokus kepada kerjayanya selepas ini. Tambahan pula dia bakal menjalani penggambaran di Indonesia Mei ini. 


Sementara itu, Syamsul yang ditemui pihak media ketika tiba di mahkamah hari ini memaklumkan dia akan melafazkan ikrar, tetapi enggan memberi komen lanjut mengenainya. 


Dalam masa sama, Syamsul tidak menyangka begitu ramai wartawan yang hadir untuk membuat liputan kerana menyangka ada yang sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. 


Sumber: Kosmo! Online, Xtra



LihatTutupKomentar