-->

“Syamsul buat U-turn, enggan lepaskan Puteri Sarah”..Syamsul dedah pula ini sebab sebenar tak mahu lepaskan Puteri Sarah walaupun sudah setuju..

“Syamsul buat U-turn, enggan lepaskan Puteri Sarah”..Syamsul dedah pula ini sebab sebenar tak mahu lepaskan Puteri Sarah walaupun sudah setuju..

PENGARAH Syamsul Yusof membuat kejutan apabila membatalkan hasrat untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, sepatutnya melafazkan talak secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapanHakim Syarie, Akmaluddin Ilyas.

Pasangan itu sepatutnya dijangka bercerai secara baik selepas kedua-dua mereka bersedia untuk berpisah dengan terma-terma penyelesaian yang dipersetujui seperti nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika keluar daripada dewan mahkamah dilihat berang selain matanya bengkak dipercayai menangis.

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, tiba di Mahkamah

Syariah Kuala Lumpur, di sini, untuk mendengar lafaz cerai daripada suaminya, pengarah Syamsul Yusof, hari ini.

Puteri Sarah tiba pada jam 9.18 pagi sebelum masuk ke kompleks mahkamah ditemani ahli keluarganya.

Pada 10 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah mencapai kata sepakat untuk bercerai agar kemelut di antara mereka tidak terus berpanjangan. Kedua-duanya berjumpa pada hari sebelumnya bagi melakukan perbincangan itu.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh ini selepas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memaklumkan Syamsul dan anak guamnya, sudah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan mereka secara baik serta aman.

Bagaimanapun beliau berkata, terma-terma penyelesaian hanya akan dimaklumkan pada tarikh ini, antaranya menyentuh isu hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, idah dan harta sepencarian.

Pada 6 April lalu, Syamsul hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu.

Terdahulu, pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Alasan lain dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz dibuat termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.



LihatTutupKomentar