-->

Kecewa tunang curang sebelum kahwin, bakal pengantin koyakkan pakaian & berdiri di tengah jalan



Seorang bakal pengantin ditinggalkan tanpa seurat benang di tengah jalan sibuk selepas dia mendapati tunangnya curang sebelum tiba majlis perkahwinan mereka. Kejadian itu tular di media sosial China, baru-baru ini dan dikatakan berlaku pada 17 April lalu di wilayah Jiangsu, China. 


Orang awam yang melalui jalan tersebut tergamam apabila ternampak wanita berkenaan berdiri di tengah jalan dalam keadaan tertekan sehingga tidak mampu bercakap. 


Menurut laporan media tempatan, wanita itu telah menjalinkan hubungan dengan tunangnya sejak beberapa tahun lalu dan baru-baru ini merancang untuk menghalalkan perhubungan mereka dengan restu dari keluarga masing-masing. Majlis perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 1 Mei. 


Malangnya, beberapa hari sebelum majlis, dia secara tidak sengaja mendapati tunangnya menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Lebih teruk lagi, lelaki itu menggunakan wang miliknya untuk 'menyara' perempuan simpanannya dan membawa kekasih gelapnya keluar menggunakan kereta yang dibeli oleh pasangannya. 


Wanita itu juga mendakwa, dia bekerja keras sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk menyara tunangnya dengan harap mereka dapat hidup bahagia bersama. Namun tidak menyangka pengorbanannya selama ini hanyalah sia-sia. 


Sebaik saja mendapat tahu akan kecurangan itu, dia dengan berani berdepan dengan tunangnya untuk menuntut penjelasan tetapi berakhir dengan pertengkaran yang menyebabkan dia kecewa dan marah. 


Untuk membalas dendam, wanita itu mengoyakkan pakaiannya dan berdiri di tengah jalan tanpa seurat benang dengan harapan perbuatannya itu dapat memalukan tunangnya sehingga koyak. 


Tindakannya itu mengundang kejutan orang ramai yang melihat kejadian itu. Ada yang segan melihat keadaannya dan mengalih pandangan ke tempat lain. Tidak kurang juga ada orang awam yang datang menghampirinya untuk menghulurkan pakaian dan memujuknya pulang ke rumah. 


Hal itu mengundang campur tangan polis dan akhirnya wanita itu akur dan pulang ke rumah. Namun gambar dan video kejadian itu tular di media sosial, menimbulkan banyak reaksi netizen di media sosial. 


"Dia buat macam tu bukannya dia dapat malukan tunangnya, tetapi dia sendiri yang malu," kata netizen. 


"Dik, cara membalas dendam yang terbaik adalah meninggalkan lelaki itu dan teruskan kehidupan. Bertabahlah," kata netizen lain. 


Sumber: Thaiger



LihatTutupKomentar