-->

'Kita bagi dia (Anis) masa, saya juga tidak mahu memaksa' - Haqiem Rusli nafi rumah tangganya bermasalah, minta orang ramai doakan yang baik-baik



Hari raya pertama tempoh hari, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea, berkongsi penampilan baharunya tanpa tudung yang mengundang perhatian netizen. 

Haqiem dalam kenyataan awalnya di Twitter meminta orang ramai diam dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk hubungan rumah tangganya. 


Dalam kenyataan kepada Harian Metro, Khamis, 27 April, Haqiem, 26, enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ia berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka. 


"Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih, sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi. Saya terima ujian ini dan dalam masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. 


"Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa," katanya. 


Bagi Haqiem, dia tidak kisah dengan apa jua andaian atau rekaan cerita rumah tangganya yang tular di media sosial ketika ini. Apa yang penting, rumah tangganya tidak bermasalah seperti yang didakwa. 


"Tidak kisahlah apa andaian atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja. Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah. 


"Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama," katanya. 


Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di Cyberjaya pada 19 November 2021. 


Sumber: Harian Metro



LihatTutupKomentar