-->

'Balik kerja penat-penat, tiba-tiba ada jantan lain belakang pintu' - Lelaki sebak cerita isteri curang, terpaksa pinjam duit ceti untuk besarkan anak



Setiap perkahwinan akan diuji dalam pelbagai bentuk. Ujian itu bukan bermakna untuk kita terus lemah dan hanya menyerah kepada takdir semata apatah lagi jika sudah mempunyai anak. 


Yang disangka semuanya indah, tetapi remuk hatinya. Begitu luahan seorang lelaki apabila mendapati isterinya telah curang. Encik Asmadi yang merupakan seorang tukang sapu sudah sembilan tahun membesarkan anak-anaknya seorang diri.


"Balik kerja ni, penat-penat. Tiba-tiba ada jantan lain belakang pintu. Kau sanggup buat suami macam tu," katanya.


Bekas isterinya dikatakan tidak bekerja dan beliau hanya meminta isterinya duduk rumah untuk menjaga anak.


"Saya bertungkus lumus cari duit. Saya sanggup berhutang, dengan ceti lagi pasal nak membesarkan anak. Dia tak pernah bekerja, duduk rumah saja, saya mintak jaga anak-anak,"katanya.


Setelah pulang dari bekerja, anaknya yang kecil membongkarkan segala perbuatan ibunya. Ketika itu juga bekas isterinya meminta untuk diceraikan.


"Saya balik kerja, macam tu dibuat saya. Anak yang kecik tu bagitahu saya. Betapa hati ni.. Lepas tu dia cakap kau dah nampakkan, kau nak buat apa lagi, ceraikan lah," katanya.


Bekas isterinya membawa anak-anaknya balik ke Kedah tetapi setelah diberitahu oleh abang iparnya anak-anaknya didera, dia tekad membawa pulang anak-anaknya kembali bersamanya.


"Dia bawak anak masa tu dia bawak balik Kedah. Tapi abang ipar saya telefon, suruh ambik anak-anak sebab anak-anak didera. Saya dengar, malam tu jugak saya naik bas pergi ke Kedah dan bawak balik sini," katanya dengan sebak.



Dengan pendapatan yang tidak seberapa, beliau membesarkan anak-anak dengan titik peluhnya sendiri hidup di kota raya yang penuh mencabar. Demi membesarkan anak juga, beliau terpaksa berhutang pada ceti.


"Dah 20 tahun saya kerja,  masa saya bekerja dulu gaji RM650 je nak membesarkan anak sampai lah sekarang gaji seribu lebih tak sampai dua ribu. Duduk Kuala Lumpur kalau gaji tak sampai dua ribu macam mana. 


"Memang saya penat. Tapi saya tak boleh tengok anak kelaparan. Demi Allah saya cakap, saya tak makan tak apa, tapi saya nak anak-anak saya," katanya.


Difahamkan juga, hampir separuh gajinya digunakan untuk melangsaikan hutang pokok RM300 bersama bunga RM400 setiap bulan.


Sumber: TikTok arbafoundation, localrkyt



LihatTutupKomentar