-->

“Sebabkan family pvaka tu, rumah utk syaikhul Sumayyah..” Sarah bkan main2 bngkar semua perbualan awal buat ramai trkejut

Minggu lalu, hubungan Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof sudah mulai pulih berikutan telah mencapai kata sepakat selepas berbincang di luar mahkamah. Namun, Syamsul Yusof tidak melafazkan talak seperti dijadualkan menyebabkan situasi kembali tegang. Malah, Puteri Sarah juga menolak sekeras-kerasnya syarat yang diletakkan oleh pengarah Munafik itu.

Syamsul pelik tiba-tiba Puteri Sarah minta duit lebih banyak punca tak jadi lafaz. Kenyataan yang dimuatnaik oleh Syamsul Yusof melalui laman Instagramnya kemudian terus dibalas oleh Puteri Sarah. Dikatakan meminta amaun yang berlebihan dari dipersetujui, aktres itu menegaskan is memadai dengan kerosakan selama kemelut rumah tangga mereka berlangsung terutama sekali haknya sebagai isteri.

Tambahnya, koleksi kereta mewah milik Syamsul boleh dijual jika tidak cukup untuk menampung tuntutan nafkah yang dipinta untuk anak-anak. “Laa Block I Balik? Lemahhhh.” Puteri Sarah mendedahkan Syamsul telah menyekat nombor telefonnya semula dan menganggap lelaki itu lemah. Selain itu, dia menegaskan tidak pernah sesekali menyebut akan menarik tuntutan saman terhadap Ira Kazar dan keluarga.

Dia hanya menyatakan akan menyelesaikan satu per satu selepas berpisah sama ada melalui luar mahkamah atau inisiatif lain. Murah sungguh nilai family u semata nak tarik kes family puaka?
Tambahnya lagi, disebabkan Ira Kazar sekeluarga, rumah untuk anak-anaknya tidak disediakan. Malahan, dia tidak akan berhenti memperjuangkan tuntutan saman terhadap keluarga madunya itu sehingga mereka dipenjarakan.

Aktres Andai Itu Takdirnya turut menegaskan saman terbabit adalah di antaranya dengan Ira Kazar. Oleh itu Syamsul telah diminta untuk tidak campur tangan dalam perkara tersebut. Selain itu, ibu kepada Syaikhul dan Sumayyah menyatakan dia boleh berbaik semula dengan Syamsul tetapi tidak dengan mereka.

Puteri Sarah Liyana mengizinkan suaminya, Syamsul Yusof untuk melawat anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah pada Aidilfitri ini. Puteri Sarah juga memaklumkan dia akan meraikan Aidilfitri di kediaman mentuanya di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini.

“Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Kalau dia nak berjumpa anak-anak, boleh saja. Silalah datang ke rumah di Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam. Saya akan beraya di sana dan pergi bercuti bersama,” katanya.

Sementara itu, Syamsul ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen dan perkongsian saat ditanya mengenai sambutan Aidilfitrinya tahun ini.

“Apa-apa, tanya kepada peguam saya. Saya letih,” katanya. Terdahulu, Sarah mengesahkan bahawa dia tidak akan beraya di luar negara seperti yang dikongsikan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail, baru-baru ini. Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi dikejutkan apabila pengarah filem kontroversi Syamsul Yusof tidak jadi menceraikan isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah.

 

 

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas. Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian. Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian. Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka. Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Sumber : klsahdunla



LihatTutupKomentar