-->

(Video) 'Saya orang Malaysia juga, tak boleh ke isi petrol RON95 pada kereta Singapore?'



Seorang lelaki dikesan mengisi petrol pada keretanya yang didaftarkan di Singapura dengan petrol RON95 di Johor Bharu tanpa rasa bersalah dan mengakui dirinya adalah rakyat Malaysia. 


Menurut sumber, insiden itu dilaporkan berlaku di Stesen Minyak Shell di Johor Bahru, pada 25 Mac lalu dan video tersebut telah dikongsikan di Facebook SG Road Vigilante pada hari yang sama. 


Lelaki terbabit yang memakai t-shirt ditegur ketika dia hampir selesai mengisi petrol RON95 pada keretanya jenis Honda Odyssey. 


"Semasa meletakkan pam RON95 ke tempat asalnya dia bertanya, "Tak boleh ke (isi petrol RON95)?" dan perakam menjawab, "Tidak boleh". 


Selepas menutup penutup tangki petrol dia berkata, "Walaupun saya rakyat Malaysia juga, tak boleh eh?". 


"Tidak. Tidak kira jika awak rakyat Malaysia atau sebaliknya tetapi awak guna kereta Singapura," balas perakam. 


Lelaki itu hanya mengangguk dan berkata 'okay' sebelum wanita itu menyambung, "Kalau awak orang Malaysia, awak patut kereta Singapura tak boleh isi petrol RON95," katanya. 



Tidak berpuas hati dengan teguran itu, lelaki berkenaan memberitahu ini bukan kali pertama dia berbuat demikian. Dia pernah mengisi petrol RON95 pada kenderaannya itu di Melaka, Kuala Lumpur tanpa sebarang masalah, sebelum beredar meninggalkan wanita itu.


Sumber: Mothership SG

LihatTutupKomentar