-->

'Mana Syamsul konon kecewa tak dapat jumpa?' - Netizen persoal kenapa Syamsul Yusof tak sambut birthday anaknya bersama Puteri Sarah, keluarga & mertua

Netizen kritik Syamsul Yusof tak sambut ulang tahun kelahiran (birthday) anak kandungnya, Sumayyah


Semalam, Puteri Sarah menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Sumayyah bersama keluarganya dan ibu bapa mertuanya. 


Difahamkan, sambutan ulang tahun kelahiran Sumayyah itu diadakan di restoran milik Datuk Yusof Haslam, Restoran Haslam. 


Tidak ketinggalan, ahli keluarga dan rakan selebriti juga turut menyukai perkongsian gambar itu. Ibu mertua Puteri Sarah, Datin Patimah berharap hubungan silatulrahim di antara dua keluarga ini akan berkekalkan hilang akhir hayat. 


Dalam gambar-gambar yang dikongsikan itu bagaimanapun tidak menampakkan kelibat suaminya, pengarah Syamsul Yusof, yang sebelum ini kerap mengulangi kenyataan yang sama bahawa dia mahu berjumpa dengan Puteri Sarah untuk berdamai. 


Ketiadaan Syamsul itu mengundang cakap-cakap di kalangan netizen, malah ada terkilan dengan sikap Syamsul tidak datang menyambut ulang tahun kelahiran anaknya sendiri.






Sumber: Instagram Puteri Sarah 

LihatTutupKomentar