-->

“dia pergi 5.10 pagi tadi….” – Terima khabar duka ketika berada di Madinah, DJ Lin ada katakan sesuatu.



Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin merupakan penyampai radio dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM dan terkenal kerana rancangan radio Suria Cinta yang dikendalinya. DJ Lin juga telah memenangi beberapa anugerah sepanjang menjadi dj radio itu.

Ibu Tahun Lepas, Abang Tahun Ini
Tahun lepas, merupakan tahun yang berat buat DJ Lin, di mana dia memaklumkan kepergian ibu tersayang, Puteh Jantan yang berusia 80 tahun. Arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir disebabkan penyakit buah pinggang di kediaman mereka di Johor Bahru.

Tahun ini pula, menerusi instagram milik DJ Lin, di kejutkan dengan pemergian abang kepada DJ Lin, Mohd Yusof bin Abdul Majid yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari setelah memasuki bulan ramadan. Menurut DJ Lin, khabar duka itu diterimanya semasa beliau berada di Madinah kerana melakukan ibadah umrah pada bulan ramadan.

“Al-fatihah untuk arwah abang DJ Lin tersayang, Mohd Yusof bin Abdul Majid yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 5.10 padi tadi. semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Di ruangan komen juga penuh dengan doa dan ucapan buat DJ Lin dan arwah sekeluarga.

Inalillahi wainna ilaihirojiun. salam takziah untk kak Lin sekeluarga. Meninggal di bulan yang baik, semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah”-kata mereka

“Semoga rohnya di tempatkan disisi kekasih Allah”-tambah mereka.

Maka beruntunglah sesiapa yang meninggal pada bulan mulia ini, kerana kita sudah mengetahui bahwa bulan ramadan adalah bulan di mana tertutupnya pintu neraka dan terbukanya pintu syurga.

Sumber : Murai
LihatTutupKomentar