-->

Shuhada dkwa keluarga tahu hafiz dah kawin? Tk sangka sekali ini Balas Athira


Wanita yang dikaitkan dengan pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila mengemas kini satu InstaStory bertanya mengenai solat.

Ia dikongsi selepas pelakon berusia 29 tahun itu dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri saling berbalas kenyataan menerusi ‘surat terbuka’ yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing.

Menerusi perkongsian InstaStory tersebut, Athira bertanyakan kepada pengikut sekiranya sudah menunaikan solat dengan meletakkan lagu Roses Are Red nyanyian Jon Caryl sebagai muzik latar belakang.

InstaStory berkenaan turut memperlihatkan Athira memakai telekung berwarna putih bersulamkan corak biru, duduk di atas sejadah selain terdapat juga senaskah al-Quran di hadapannya.



Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkongsian tersebut dibuat oleh Athira sendiri atau pihak yang menggunakan akaun palsu semata-mata.

Terdahulu, Hafidz meminta isterinya dan pihak tertentu membuat permohonan maaf selain menarik balik sebarang penerbitan umum termasuk foto keluarga yang berkait dengan isu rumah tangganya.

Tidak berdiam diri, Nurul Shuhada membalas surat terbuka terbabit memaklumkan bahawa dia sudah memberikan yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga.

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini menulis surat terbuka meminta bekas isterinya, Nurul Shuhada memohon maaf dalam masa 48 jam di atas kenyataan yang didakwa fitnah melibatkan keluarganya.

Membalas kepada surat itu, Shuhada dalam hantarannya berkata akan turut mengambil tindakan undang-undang di atas kecederaan yang dialaminya.

Malah selepas ini segalanya akan dilakukan melalui jalan peguam. Apa yang dikeluarkannya di media sosial sebelum ini tanpa mengetahui kedudukan undang-undang.



Jelas Shuhada, sebagai seorang isteri dia sentiasa menyokong Hafidz dan melupakan hasrat sambung belajar demi beri perhatian kepada keluarga.

Tapi baru-baru ini dia diuji dengan ujian berat. Dia terasa dikhianati apabila perkara berlaku di luar pengetahuannya. Dakwa Shuhada, keluarga Hafidz tahu dan membenarkan Hafidz kahwin lagi tanpa izinnya.



Shuhada dakwa berasa marah dengan kehadiran orang ketiga. Dia sedih memikirkan nasib diri dan anak-anak tambahan pula dia hanya suri rumah. Apabila cuba berbincang, ibu kepada dua anak ini didakwa dikasari secara fizikal.

Sumber : oh my media
LihatTutupKomentar