-->

“Penyokong Lelaki Tegar Syamsul, Check Balik Kot! Saya Yang Beli Beras” – Puteri Sarah


Selasa lalu, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah apabila suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof enggan menceraikannya.

Memetik temubual Oh Bulan, Puteri Sarah sempat memberikan peringatan kepada golongan lelaki yang menyokong pengarah Mat Kilau itu.

Menurut Puteri Sarah, istilah lelaki ‘beli beras’ tidak wujud dalam kehidupannya kerana dia yang bekerja keras setiap hari dan dia yang membeli beras.

“Kepada penyokong-penyokong lelaki di luar sana yang tegar menyokong Syamsul Yusof itu, yang kata kita beli beras. Check balik kot! Saya yang beli beras dengan lauk semua,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

SUMBER:ohbulan
LihatTutupKomentar