-->

'Rindunya pada mereka, ya Allah' - Farid luah rasa rindu pada isteri & anak-anak buat netizen rasa sedih



Sejak awal Mac, pelakon Farid Kamil tidak dibenarkan masuk ke rumahnya ekoran krisis rumah tangga yang sedang dihadapi dengan isterinya, Diana Danielle. Sejak dari itu, Farid tidak dapat berjumpa dengan dua anaknya Muhammad dan Nur Aurora.


Pengurusnya, Azhari Hamid juga memaklumkan, hasrat Farid untuk membawa anak-anaknya keluar menaiki kenderaan yang baru dibeli untuk kegunaan keluarga juga tidak kesampaian. Dan hal itu membuatkan dia menangis kesedihan.


"Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak. Sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian," katanya. 


13 jam lalu, Farid memuat naik video kenangan mereka sekeluarga menunaikan umrah baru-baru ini dengan kapsyen yang meruntun hati. 



"Rindunya pada mereka Ya Allah. Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu," tulisnya. 


Di ruangan komen, netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Farid. Ramai yang mendoakan agar hubungan pasangan berkenaan dapat dipulihkan kembali demi anak-anak. 


"Kalau suami isteri tak sefahaman pun, janganlah anak-anak menjadi mangsa. Bagilah anak-anak berjumpa dengan bapanya," kata Gemini. 


"Stay strong dan bincanglah baik-baik. Solat dan minta pada Nya di bulan baik ini. InshaAllah. Ujian Allah, harus bersabar walau apa pun rintangan korang hadapi, banyakan istifar, banyak doa pada Allah. InshaAllah dipermudahkan urusan korang berdua. APa-apa pun, ingatlah pada anak-anak," kata Ninie. 


Sumber: Instagram Farid Kamil

LihatTutupKomentar