-->

Niat Nak bincang giliran isteri? SyamsuI kcewe, Tk sangka ini jawap Puteri Sarah



Sarah teguh dengan hasrat mahu berpisah selain sudah memfailkan hak jagaan anak, Syamsul Yusuf juga enggan melafazkan talak. Disangka akan cepat selesai, siapa sangka selepas berbulan-bulan Puteri Sarah masih berada dalam keadaan tanpa tali walaupun berkali-kali tegaskan mahu dilepaskan segera.

Kenapa tak lepaskan? la tak semudah tu…Ramai orang alami masalah besar lepas berpisah. Hingga kini, pihak Ira Kazar masih berdiam dan belum pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.


Di JAWI sebentar tadi, Syamsul bagaimanapun kecewa kerana tidak dapat berjumpa secara berdepan dengan Puteri Sarah. Sedar impak selepas berpisah itu jauh Iebih besar misalnya melibatkan konflik nafkah anak, sebab itulah dia mahu duduk berbincang dan mencari titik damai.

Saya mahu berbincang mengenai giliran dengan isteri-isteri. Melalui laporan Kosmo Online, antara hal lain yang mahu dibincangkan oleh Syamsul jika dapat bertemu adalah mengenai giliran atau hari pulang ke rumah isteri masing-masing.

Justeru dia turut menzahirkan harapan semoga Sarah dapat menerima takdir hidup berpoligami. Terdahulu, tindakan Syamsul yang berkahwin dengan Ira Kazar cukup mengejutkan ramai.

Namun dek kerana beberapa kesukaran dalam proses tertentu termasuklah mendapat keizinan isteri pertama, is menjadi faktor mengapa mereka memilih bernikah di Thailand.

Memetik laporan dari hlive, Puteri Sarah menyatakan yang dia tidak mahu lagi berdamai dan memang mahu bercerai dan berharap sangat untuk dilepaskan segera kerana sudah penat dengan semua masalah yang dihadapi dalam rumah tangga.

Kalau tak ada cara lain, bakal guna khidmat hakam
Ujarnya lagi sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlangsung secara berasingan dan dia sudah bercerita semua sekali berkaitan apa yang dirasai sepanjang melalui masalah antaranya dan suami.

Tegas Sarah, jika suaminya masih lagi tidak mahu menjatuhkan talak, dia bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif terakhir bagi meletakkan tanda noktah dalam rumah tangga mereka.

Terdahulu, Syamsul Yusof yang ditemui ketika hadir ke Jawi untuk sesi tersebut meminta agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi rumah tangganya bersama Sarah. Dia juga berharap agar dapat berbaik dengan pelakon itu dan berdamai.


Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan berlawanan dengan isteri pertamanya kerana Puteri Sarah ingin segera dilepaskan disebabkan pelbagai masalah yang sudah terjadi termasuklah dimadukan tanpa kerelaan.

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin melalui proses penyelesaian Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti diputuskan Mahkamah Syariah yang bermula hari ini.

Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kira-kira jam 9.35 pagi, disusuli Puteri Sarah, yang ditemani adik perempuannya, Raja Sofea, kira-kira sejam kemudian. “Hari ini, kami jalani proses JKP. Semoga daripada sesi ini, Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.

“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarga. Tidak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di perkarangan JAWI, pagi tadi.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sumber : klsahdunla
LihatTutupKomentar