-->

Setelah Lama Pendam, Akhirnya Jasmin Hamid Dedah Sikap Sebenar Faizal Hussein



Pelakon Jasmin Hamid mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh aktor Faizal Hussein sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan dia bersyukur apabila seringkali diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Faizal dalam sesebuah lakonan.

“Syukur Alhamdulillah dari saya muda sampailah sekarang, Allah masih beri saya peluang bekerjasama dengan Pelakon Lelaki Terbaik Malaysia bertaraf international, Seniman @faizalhusseinofficial yang amat saya kagumi dan hormati di atas kejayaan.


“Sikap beliau yang sering merendah diri walaupun nama beliau sentiasa di julang. Sepanjang saya bekerja dengan beliau, saya tak pernah dengar beliau marah dan merungut walaupun adakalanya berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan

“Beliau sentiasa jaga kerja dan hormat orang sekeliling. Inilah kunci kejayaan beliau dan membuatkan beliau masih relevant sehingga kini.

“Beliau merupakan salah seorang idola saya. Aura beliau sangat kuat! Semoga Seniman @faizalhusseinofficial sentiasa di dalam peliharaan Allah dan bahagia bersama keluarga tercinta,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kesihatan kedua-dua pelakon ini serta kagum dengan mutu lakonan yang ditunjukkan oleh mereka.

“Kalau Nak Jadi Orang Berilmu, Kita Kena Berguru” – Anak Jasmin Hamid Belajar Berlakon Dengan Fauziah Nawi

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid mendedahkan anaknya, Haziq MacQuistan kini sedang belajar berlakon bersama seniwati senior, Fauziah Nawi.

Perkara itu dikongsi Jasmin menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.


Menurut Jasmin, dia sudah lama menimba ilmu lakonan dari seniwati itu dan kini dia tiba masa untuk Haziq mengikut jejak langkahnya.

“Kalau nak jadi orang yang berilmu, kita kena berguru, sekarang tiba giliran anak saya pula timba ilmu dari guru saya, seniwati Hajjah Fauziah Nawi.

“Saya mahu anak saya jadi seorang pelakon yang cerdik dan berjaya sebagai anak seni, seorang pelakon versatile.

“Nak jadi artis senang sangat zaman sekarang ni tapi nak maintain jadi artis tu yang susah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Jasmin turut menyatakan bahawa beberapa anugerah yang pernah dinobatkan kepadanya adalah hasil dari tunjuk ajar Fauziah dan dia tak akan melupakannya.

Jasmin mulai aktif di dunia lakonan sejak tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Anak Bongsu Jasmin Hamid Sedia Jadi Artis
Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan anak bungsunya Haziq MacQuistan sudah bersedia untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.

Jasmin, 46, berkata, Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat terhadap lakonan sejak kecil.


“Semoga dipermudahkan segala urusan anakku… Haziq dah sedia menyambung legasi saya sebagai anak seni.

“Dari dalam perut saya dia dah mula berlakon sebab ketika saya hampir melahirkannya, saya masih lagi aktif berlakon,” ujarnya di Instagram.

Kata Jasmin, sebagai ibu dia sentiasa menyokong keputusan anaknya sama ada untuk bekerja mahu pun menyambung pelajarannya.

Dia turut menasihatkan Haziq agar tidak mempedulikan kata-kata negatif yang hanya akan mematahkan semangatnya.

“Katanya, dah sampai masa nak berbakti kepada ibu-bapa, dalam masa yang sama dia juga ingin sambung belajar.

“Doakan yang baik-baik. Tak endah dengan kata-kata negatif manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja.

“Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan,” ujar Jasmin.

Pada Mac 2018, nama Haziq menjadi bualan di media sosial apabila berjaya mencuri perhatian gadis-gadis dengan wajah kacaknya. Sebelum itu, aksi mesra Haziq bersama Jasmin, pada awalnya disangka sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun, Jasmin tampil menjelaskan salah faham tersebut dan pemuda itu ialah anaknya.

Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid Macquistan dan berpisah pada 4 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rohana, 29, Lukhman Hakim, 23 dan Ian Haziq, 17.

Sumber : Gempak via Mstar
LihatTutupKomentar