-->

'Enough is enough! Saya tak nak, saya mahu bercerai' - Puteri Sarah nekad dengan keputusannya, nafi mahu bercerai kerana harta



Jika pihak di sebelah sana mengatakan mahu berdamai, tetapi pelakon Puteri Sarah pula enggan menerima dan nekad untuk menuntut perceraian dari Syamsul Yusof.

Proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung hari ini dianggap tidak menemui jalan penyelesaian dan Puteri Sarah menegaskan tiada apa lagi yang perlu dibincangkan antara mereka.

"Saya tidak mahu berjumpa dan saya tegaskan dekat sini saya masih dengan keputusan saya. Saya nak bercerai, tak nak berdamai. Enough is enough. I'm tired. Saya hanya nak minta lepaskan saya sahaja.

"Saya hanya jumpa ustazah, saya ceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z berserta dengan bukti. Saya dah penat, penat dengan benda ini sudah bertahun-tahun. Jadi saya terus cakap saya tidak mahu berdamai. Memang tak akan boleh berdamai. Saya tak nak, saya mahu bercerai," katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menafikan dakwaan kononnya tuntutan cerai itu dibuat kerana mahu mendapatkan harta sepencarian bersama Syamsul.

"Orang luar semua sudah dapat melihat bagaimana saya bekerja keras. Ini pun saya tak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lambat malam tadi.

"Jadi, takkanlah saya menuntut cerai semata-mata kerana harta? Apabila dia memfailkan nusyuz, saya terus menuntut hak penjagaan anak. Saya tak menuntut harta pun, sebaliknya saya menuntut hak penjagaan anak semata-mata.

"Jadi anda boleh tahu apakah keutamaan dan nombor satu dalam hidup saya ketika ini," katanya.

Sumber: Gempak, Harian Metro
LihatTutupKomentar