-->

'Dua kali saya keguguran, saya tak tahu saya mengandung' - Uqasha Senrose sebak belum ada rezeki anak



Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini mendedahkan yang beliau telah mengalami keguguran sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun selepas berkahwin dengan lelaki pilihannya, Kamal Adli.

Menurut laporan mStar Online, Uqasha mengalami keguguran disebabkan oleh tempoh haid yang panjang dan dia juga tidak menyedari dirinya hamil.

Uqasha berkata, dia tidak menyedari kehamilannya ketika melakukan umrah bersama suaminya selepas kahwin di mana dia mengalami tempoh haid yang panjang dan menganggap ia disebabkan oleh hormon setelah berkahwin.

View this post on Instagram
















A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

"Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.

"Saya datang haid tak berhenti, mula-mula ingatkan hormon selepas kahwin dan saya biarkan saja," katanya.

Bimbang dengan kesihatan dirinya, Uqasha pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan. Dia kemudian dimaklumkan bahawa kandungannya berusia dua bulan tidak dapat diselamat.

Disebabkan itu, Uqasha terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, bagi Uqasha kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa.

"Mestilah sedih, siapa yang selepas kahwin tak nak ada anak. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga? Tapi Kamal bagi semangat kata tak apa, kita cuba lagi.

"Saya pun lasak masa itu dengan penggambaran dan kerja yang tidak berhenti menyebabkan kandungan yang masih baru tak kuat lagi," katanya.

View this post on Instagram
















A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Dalam pada itu juga, Uqasha menyatakan dia dan suami belum merancang untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat berikutan mereka sedang sibuk menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.

"Alhamdulillah sekarang saya okay, saya pun sedang menjalani penggambaran untuk drama 70 episod. Jadi saya tak rancang untuk ada anak buat masa ini," ujarnya.

Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Janda Baik, Pahang.

Sumber: mStar Online
LihatTutupKomentar