-->

'Method camni menyusahkan rakyat, menguntungkan bank' - Rakyat kecewa PMX cadang pencarum cagar wang KWSP untuk pinjam bank



Kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.

"Pada prinsipnya saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.

"Bagaimanapun, saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Anwar berkata, ia merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang memandangkan ketika ini banyak negara yang memberikan kelonggaran seperti pengeluaran dana persaraan telah menghentikan atau membatalkan kemudahan itu.

Sementara itu di media sosial, tinjauan mendapati majoriti netizen tidak bersetuju dengan cadangan itu yang dilihat menggalakkan rakyat menambah hutang, sedangkan hutang yang sedia ada masih sukar dilunaskan.

"Apalah cagar duit simpanan sendiri dengan pinjam bank. Dah kalau yang tak bekerja, nak apply loan macam mana? Method macam ni menyusahkan rakyat, menguntungkan bank," kata Nur Saffiyah Osman.

"Ibarat meminjam duit sendiri tetapi dibayar kepada pihak bank. Yang akan untung adalah bank ke atas interest. Ini bukan membantu pencarum, tetapi lebih kepada membantu bank. Kenapa tidak KWSP saja yang keluarkan pinjaman di mana pencarum bayar balik duit yang dikeluarkan itu secara berjadual kepada kWSP, seperti mana bayaran kepada pihak bank?" kata Joseph.

"Dapat perdana menteri baharu, ingatkan prihatin dengan nasib rakyat, rupanya sama seperti Ah Long tepi jalan. Diajar cara berhutang dengan pihak bank. Jenis tak reti bahasa akan kesusahan rakyat sebab kau fikir boleh memerintah lama kan," kata Broo Pee Eocm Johor.

Sumber: Bernama, Sinar Harian
LihatTutupKomentar