-->

'Caprice jangan sengaja timbulkan pembohongan kononnya saya membela LGBT' - Mujahid



Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebelum ini telah meminta semua pihak agar menghentikan tuduhan kononnya beliau mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan ke atasnya juga membuatkan beliau mengemukakan saman ke atas akhbar lidah rasmi PAS, iaitu Harakah dan beliau telah memenangi kes itu.

Pada 6 Ogos 2018, Dr Mujahid telah memberikan jawapan di Parlimen semasa penggulungan perbahasan titah Diraja.

“Tidak pernah dalam isu pertemuan saya dengan kelompok ini bercakap tentang nak bagi mereka tandas, tidak ada. Bahawa isunya ialah walaupun mereka kita tidak sokong, kita tidak iktiraf tapi hak sebagai warganegara tidak disakiti, tidak dianayai. Itulah tanggungjawab mana-mana kerajaan.

“Saya tidak tahu samada faham atau tidak konteks ini bukan bermakna mengiktiraf, tetapi isu tandas ini jangan dilencongkan kepada soal mengiktiraf kerana tidak ada arahan rasmi dan ia hanya satu jawapan secara spontan di dalam siding media,” katanya

Baru-baru ini pula, satu himpunan dan perarakan yang didakwa berkaitan dengan himpunan LGBT diadakan di Kuala Lumpur dan menerima reaksi negatif netizen. Rentetan itu, ramai pihak menghentam penganjuran tersebut dan meminta kerajaan bertindak tegas dengan himpunan sebegitu.

Dr. Mujahid turut terkena tempias dan ada yang membuat dakwaan menyatakan beliau antara pemimpin Islam yang akan cuba membantu golongan LGBT sejak dari dulu sehingga kini.

Melalui video tersebut juga, Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Mustafa turut dikaitkan antara pemimpin yang menyokong LGBT.

“Tak perlu protest. Ada je pemimpin Islam yang akan cuba bantu mereka dari dulu dan sekarang,” tulis penyanyi, Caprice di TikToknya.

View this post on Instagram

Mujahid melalui hantaran di media sosial kemudian meminta Caprice untuk memadam video dan fitnah yang telah dibuat ke atasnya dan tindakan seterusnya akan diambil jika Caprice masih dengan pendiriannya.

“Saya sempat melihat satu video TikTok telah sekali lagi telah menimbulkan fitnah dan pembohongan khusus ke atas saya. Saya dah jawab dalam Tiktok saya. Tapi kalau dia nak bercakap jugak benda tu dan dia tidak tarik balik kenyataan dia, saya bersedia untuk berdepan apa sahaja dengan beliau,” katanya.

Sementara itu, Caprice membalas kenyataan Mujahid di media sosial dan menafikan dia telah memfitnah beliau.

“Macam bakal kena saman lagi. Celah mana kita fitnah. Memang tuan badan sendiri buat statement, tuan badan sendiri yang berdiri sebelah transgenda dan tuan badan sendiri bersalam dengan transgenda. Kecuali ada multiverse macam movie spiderman dan tu Menteri lain, kita mohon maaf kalau salah orang,” tulisnya.
View this post on Instagram

Sumber: Mujahid Yusuf Rawa, Caprice

LihatTutupKomentar