-->

Biadab! Jenama pakaian terkenal Australia cetak kalimah Allah pada baju rekaannya



Jenama pakaian Not A Man’s Dream dikecam gara-gara mempamerkan rekaan pakaiannya yang bertuliskan kalimah Allah di dalam pertunjukan Festival Fesyen Melbourne, Australia.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh blogger fesyen Muslimah, Mona Khalifa, kelihatan model memakai ‘jumpsuit’ tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lutsinar dengan tulisan Arab bertulis ‘Allah berjalan bersama saya’ (الله يمشي معي) di seluruh badannya.

Kepala, leher dan telinga model itu juga ditutup dengan kain yang sama, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai menyerupai tudung atau hijab, pakaian yang dipakai Muslimah.

“Tidak ada sebab seseorang perlu letakkan kalimah Allah sebegitu. Jika mahu letakkan perkataan Arab sekalipun, letak lah perkataan lain. Dan perkara ini sangat biadap,” katanya.

Mona Khalifa, yang menghadiri pertunjukan itu, menyatakan dia amat “terganggu” apabila melihat rekaan itu di depan mata.

Tegasnya, rekaan itu “secara terang-terangan tidak menghormati” untuk orang Islam dan Kristian Arab yang berkongsi perkataan Arab yang sama untuk ‘Tuhan’.

Rentetan daripada kecaman yang diterima, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen Not A Man’s Dream telah mengeluarkan kenyataan media memohon maaf.

“Festival ini tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan.”

Sumber: Samudera.my, Monakhalifaxo
LihatTutupKomentar