-->

“Dia masih hubungi bekas kekasih, Dia siap buat.. ..” Baru sahaja Syamsul kata taknak lepaskan Puteri Sarah Tak sangka Syamsul dedah pula ini Puteri Sarah buat di belakang nya..

Pengarah sensasi Syamsul Yusof akhirnya menjelaskan punca sebenar dia membuat permohonan nusyuz terhadap isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana yang juga seorang pelakon.

‘Contact’ bekas kekasih berstatus suami orang
Ditemui media, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof mendakwa Puteri Sarah masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya yang juga berstatus ‘suami orang’.

Ujarnya lagi, lelaki berkenaan bukanlah seorang selebriti seperti mana umum sedia maklum, sebaliknya teman lelaki Sarah sewaktu masih menuntut ilmu di kolej.

“Saya sebenarnya dah memendam rasa sebagai suami, nak cakap pun malu. Tiada suami dalam dunia ini yang boleh menerima isterinya curang dengan orang lain, suami boleh.
“Saya tahu berkenaan Sarah berhubung dengan bekas kekasih, bukan pelakon, yang sebelum ini sewaktu di kolej lagi,”ujar Syamsul.

Jelas Syamsul, dia sedar isteri pertamanya masih berhubung dengan bekas kekasih sejak awal perkahwinan mereka lagi, tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia masih mahu berbincang secara baik dengan isterinya selain masih sayang akan Puteri Sarah.

“Ada sinar, tak ada sinar, kita duduk berbincang,”katanya lagi.

Tambah Syamsul lagi, Puteri Sarah juga didakwa telah memfitnah dirinya dengan mendakwa tidak memberi nafkah dan itu merupakan sebahagian daripada alasan yang dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya.

Sebentar tadi, pengarah filem The Original Gangster memfailkan permohonan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terhadap isteri pertamanya.

Sumber: Utusan Online (Suwarni Mokhtar), FB Utusan Online



LihatTutupKomentar