-->

'Kalau dah jumpa di mahkamah, mesti aku saman kau la' - Syamsul Yusof nak settle dengan Farid Kamil di mahkamah



Dua minggu lalu, pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof, sekitar 2020 yang menjadi antara punca dia keluar daripada rumah. 


Serentak dengan pendedahan itu, pelakon Farid Kamil pula tampil mendedahkan di Instastory mengenai 'Diana' yang merujuk kepada isterinya, Diana Danielle, pernah dipukul oleh lelaki terbabit tetapi tiada sebarang tindakan lanjut (NFA) daripada pihak berkuasa. 





Difahamkan, Syamsul dan Diana pernah menjalinkan hubungan pada tahun 2005 sebelum berpisah dan Diana kemudian bercinta dengan Farid serta berkahwin pada 3 November 2012. 


"Kita dah tua Bro, apa kau nak buat 'game' budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la," kata Syamsul ketika ditanya wartawan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Farid. 


Menurut Syamsul, dia hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh rakan-rakannya, memandangkan dia tidak begitu aktif di media sosial. 



Pengarah filem Mat Kilau itu berkata, dia bukannya semakin muda untuk terlibat dengan 'game' seperti itu. Sebaliknya, Syamsul lebih fokus dengan kerja untuk mencari rezeki. 


"Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la. Sekarang hal remeh temeh (macam ini), saya tak nak sebab itu saya cakap saya malas gaduh, tetapi ini ujian la," katanya semasa ditemui media selepas memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah, semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. 


Sumber: Utusan Malaysia, Oh My Media



LihatTutupKomentar