-->

Bengang dipanggil 'ajumma', wanita tikam 3 penumpang kereta api bawah tanah



Seorang wanita berusia 37 tahun di Korea Selatan, didakwa menikam tiga penumpang kereta api bawah tanah Seoul dengan pisau dalam kejadian yang berlaku pada 4 Mac lalu.

Siasatan awal polis mendapati, suspek sebelum itu sedang bercakap di telefon dan datang seorang wanita berusia 60-an memanggilnya 'ajumma' dan meminta dia merendahkan suaranya.

Berang dengan teguran itu, suspek bertindak menikam mangsa dan dua lagi penumpang lain (lelaki dan wanita) masing-masing berusia 60-an dan 50-an.

Salah seorang mangsa mengalami kecederaan yang memerlukannya menjalani pembedahan. Namun, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

ekoran kejadian itu, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek atas pertuduhan melakukan keganasan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Panggilan 'ajumma' seringkali didengar dalam drama Korea. Ia adalah cara santai untuk merujuk kepada wanita pertengahan usia, yang tiada pertalian dengan penuturnya. Ia lebih kurang dengan panggilan 'makcik' dalam penggunaan bahasa tempatan.

Namun, panggilan 'ajumeoni' dikatakan lebih sopan dan disenangi di kalangan rakyat Korea.

Sumber: The Korea Herald
LihatTutupKomentar