-->

'Aku takkan maafkan orang yang memfitnah aku!' - Raja Afiq nafi dakwaan mentekedarah dadah



28 Februari lalu, portal Boom! melaporkan seorang pelakon lelaki menipu pihak media kononnya dia terkena buatan orang sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak.

Menurut Boom!, pelakon itu sebenarnya 'mentekedarah dadah' yang menjadi punca berat badannya menurun secara drastik. Selain itu, Boom! turut mendakwa kehidupan lelaki itu ditanggung oleh isterinya yang membuat perkhidmatan review produk di media sosial.

Berdasarkan 'hint' yang diberi oleh portal berkenaan, netizen bagaikan sudah mengetahui siapa yang dimaksudkan itu dan mula membanjiri ruangan komen media sosial selebriti terbabit.

Hal itu mengundang rasa kesal pelakon berkenaan yang kemudian tampil membuat penafian dan sekali gus menjelaskan mengenai apa sebenarnya yang telah berlaku.

Dalam temubual bersama mStar Online, Raja Afiq menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang telah menabur fitnah itu terhadap dirinya.

"Mungkin orang yang keluar cerita saya hisap batu ini, mungkin orang itu yang menyihir aku. Kitorang tak tuduh siapa-siapa, cuma fikirlah secara logik. Hisap dadah apanya? Hisap rokok pun aku tak hisap. Macam mana tu?

"Cerita saya, kehidupan saya, hanya isteri saya sahaja yang tahu. Aku ni jenis hidup hanya bersama keluarga aku je dan aku tak kacau sesiapa pun. Nampak tak sekarang ini ada orangg dengki dan cuba khianat aku. Kat situ kita boleh tengok dan netizen boleh nampak kan betapa khianatnya orang dekat saya. Betapa dia nak tutupnya rezeki saya dalam industri ini. Korang boleh tengok.

Ditanya sama ada dia mempunyai musuh sehingga ada yang tergamak melakukan perbuatan khurafat itu, Raja Afiq berkata dia sedia maklum dengan asam garam dunia selebriti sebaik saja melangkah ke industri ini dan tidak menolak kemungkinan benar ada yang tidak menyukainya.

"Once kita dah masuk dalam industri ni, tak semua orang suka kita dan tak semua orang pun tak suka kita. Aku tak cakap aku ada musuh, tapi aku cakap random. Tapi nak kata aku tak ada musuh, siapa yang keluarkan cerita (hisap dadah) ni?" ujarnya.

Menggulas mengenai dakwaan membela 'biawak hidup', isteri Raja Afiq, Soffwany Yusof berkata, perkara itu tidak wajar dipersoalkan kerana sudah menjadi lumrah untuk isteri membantu suaminya.

"Bukan satu kesalahan kerana kita adalah suami isteri dan kita berkahwin untuk saling membantu, melengkapi. Bukannya untuk membebani satu sama lain," katanya.

Bagi Raja Afiq pula, mungkin individu yang mempertikaikan tindakan isterinya itu juga mahu pasangannya berbuat demikian.

"Mungkin orang yang cakap macam tu, dia teringin pasangan dia membantu dia, tetapi tak dapat. Aku rasa benda tu tak menjadi masalah sebab manusia ini kadang kala di atas atau di bawah tetapi tidak selamanya kita berada di bawah kerana Allah itu Maha Adil," jelasnya.



Pelakon berusia 29 tahun itu juga mengakui dia ketika ini tidak banyak menerima tawaran bekerja dan ditanggung oleh isterinya. Raja Afiq turut menegaskan dia tiada masalah untuk bekerja dan sememangnya berharap ada tawaran kerja diberikan.

"Eh siapalah orang dalam dunia ini tak nak bekerja? Kalau aku seorang suami yang tak suka bekerja, aku akan duduk di rumah. Kalau dipanggil datang pun aku takkan pergi.

"Aku dah usaha dan ikhtiar, jadi saya dah clear kan bukan saya ambil batu (dadah), saya tak buat semua tu," tegasnya.

Raja Afiq memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada netizen yang datang menyerangnya di Instagram dengan melemparkan tuduhan yang tidak berasas.



Dalam masa yang sama, Raja Afiq turut meminta individu yang menuduhnya terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah untuk tampil menunjukkan bukti.

"Semua orang boleh main cakap, tetapi mana bukti? Mana boleh main tuduh macam tu. Kena ingat, dunia ini ada undang-undang dan akhirat pun ada undang-undang. Kau fikir sendiri dan aku takkan pernah maafkan orang yang memfitnah aku dan membuat cerita bukan-bukan tentang aku," katanya.

Sumber: mStar Online
LihatTutupKomentar