-->

Tanda Awal Kehamilan Yang Seringkali Muncul

Tanda Awal Kehamilan


Tanda Awal Kehamilan - Setiap wanita adalah bebeza tanda awal kehamilan masing-masing. Bahkan bagi Wanita yang telah hamil lebih dari sekali mempunyai pengalaman yang tidak sama dengan kehamilan sebelumnya.


Terdapat sejumlah tanda-tanda kehamilan yang seringkali menyerupai tanda sebelum atau semasa menstruasi. Apalagi di awal usia kehamilan, tanda-tanda kehamilan lebih menyerupai tanda ovulasi. Tanda-tanda kehamilan adalah sangat beragam dan boleh saja kita tidak sedari.

Oleh itu, berikut adalah bagaimana badan anda berubah dari awal kehamilan sehingga pada minggu ke-12.

Tanda Awal Kehamilan Minggu 1 Hingga 4

Kebiasaannya, terlambat haid menjadi kayu ukuran tanda awal kehamilan setiap wanita. Ada tanda-tanda awal kehamilan yang mungkin suda muncul sebelum anda lambat datang haid.


Pada peringkat ini, salah satu tanda awal kehamilan atau tanda-tanda orang hamil 3 hari yakni, suhu tubuh anda akan turun dan meningkat dari suhu normal.

Kekejangan di bahagian rahim dan abdomen ataupun Krem terjadi sekitar 6-12 hari setelah telur dibuahi. Selain kekejangan abdomen, anda juga mungkin mengalami keluarnya cairan putih sepeti susu dari vagina.

Tanda Awal Kehamilan Minggu 5 Hingga 8

Pada Peringkat ini, tanda-tanda kehamilan akan jelas anda alami dari minggu ke minggu. Tanda-tandanya adalah seperti mual dan mengidam, penciuman lebih sensitif, payudara menjadi sakit dan mudah geli, cepat lelah dan sesak nafas, dan membuang air kecil lebih kerap.


Tanda Awal Kehamilan Minggu 9 Hingga 12

Menjelang akhir minggu trimester pertama, anda mungkin menyedari payudara dan perut anda akan lebih besar sedikit. Anda tidak akan bertambah gemuk tetapi anak kandungan anda yang semakin membesar.


Kadangkala, anda akan merasa sedikit muram, tetapi tanda-tanda akan mula hilang apabila kandungan mencapai 12 minggu.

Kandungan anda akan membesar perlahan-lahan, seterusnya membentuk gigi dan kuku kaki. Anggota badannya akan memanjang sedikit. Anak anda mungkin membuat pergerakan walaupun anda tidak dapat merasakannya.
LihatTutupKomentar