-->

Awet Muda Semulajadi Dengan Bahan Memasak

Awet Muda

Awet Muda Semulajadi Dengan Bahan Memasak - Awet muda boleh disinonimkan dengan memiliki kulit yang cantik dan berseri. Memiliki wajah awet muda menjadi impian setiap wanita. Apalagi akan bangga jika dikira masih muda walhal usia sudah mencecah 50-an.


Penuaan adalah proses semulajadi yang akan terjadi pada setiap orang seiring dengan pertambahan usia. Tanda-tanda penuaan muncul apabila usia kita mencecah 30-an dimulai dengan garis-garis halus dan kedutan, kulit kusam dan kering, warna kulit tidak merata dan lain-lain.

Banyak cara yang digunakan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik berseri dan kebanyakannya akan mengunakan komestik mahal.

Selain menjalani pola hidup yang sihat, antara cara yang paling mudah dan jimat untuk mendapatkan awet mudah adalah dengan mengunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.

Siapa sangka dan tanpa anda sedari, terdapat beberapa bahan-bahan masakan yang biasa anda gunakan dalam masakan memiliki khasiat dan memberikan kesan yang baik dalam penjagaan kulit anda.

Berikut adalah Cara Awet Muda Semulajadi Dengan Bahan Memasak:

1. Awet Muda dengan Kentang

Kentang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan kesan hitam pada kulit terutamanya di bahagian ketiak, siku, lutut dan celah paha.

Kentang juga boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu.

Caranya dengan dijadikan pupur, parut kentang atau hiris nipis kemudian diletakkan di kulit wajah. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mendapatkan hasil maksimum.

2. Awet Muda dengan Pisang

Selain baik untuk pencernaan, pisang boleh digunakan untuk mengurangkan jerawat dan mendapatkan kulit licin dan berseri.

Caranya hanya dengan hancurkan pisang dan jadikan pupur secara rutin.

3. Awet Muda dengan Gula Kabung

Selain digunakan sebagai bahan untuk membuat kuih, gula kabung juga dikatakan petua kecantikan untuk mengecilkan pori dan menghaluskan kulit wajah.

Caranya, gula kabung dicampurkan dengan minyak zaitun atau madu kemudian disapukan pada wajah.

4. Awet Muda dengan Uncang Teh

Ianya baik untuk menghilangkan lingkaran hitam disekeliling mata serta membuat mata lebih rileks.

Selepas membancuh teh, uncangnya diambil dan dijadikan pupur pada mata. Pastikan uncang teh dikeluarkan terlebih dahulu sebelum memasukkan gula ke dalam air minuman.

5. Awet Muda dengan Santan

Santan tekenal khasiatnya dalam penjagaan rambut dan ianya antara petua terbaik untuk melebatkan dan menguatkan rambut.

Santan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut kering, pecah dan bercabang.

Caranya adalah dengan dijadikan pupur. Lakukan rutin sebulan sekali.

6. Awet Muda dengan Madu

Madu tidak diragukan lagi sebagai bahan yang banyak memberi manfaat kecantikan dan kesihatan.

Antara petua untuk menghilangkan masalah jerawat ialah dengan mengunakan pupur madu. Jerawat akan cepat kering dan tiada bekas.

7. Awet Muda dengan Kopi

Kopi digunakan untuk menghilangkan kedutan pada wajah. Juga, kopi boleh membuat kulit lebih halus dan menjadikan wajah lebih cergas.

Caranya dengan mengunakan hampas kopi, urut seperti lulur pada wajah.
LihatTutupKomentar