-->

7 Kesalahan Ibubapa Dalam Mendidik Anak

Kesalahan Ibubapa

Anak- anak adalah amanah dari Allahs.w.t dan ianya sebahagian dari ujian Allahs.w.t kepada kita hamba- hambaNya. Sebagai ujian, ianya akan dipertangungjawabkan kepada kita kelak. Maka, rugilah kepada mereka yang mempunyai ramai anak namun tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 

Ini adalah mungkin disebabkan oleh beberapa kesalahan kita ibubapa dalam mendidik anak- anak.

1. Kurang Berdoa

Kesalahan pertama adalah kurang berdoa iaitu kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa- doa yang digalakkan untuk diamalkan semasa mengandung ialah memperbanyakkan istighfar, mengamalkan doa memohon rahmat, Surah Ali ‘ Imran 3:8-9, dan doa memohon zuriat yang baik, Surah Ali ‘ Imran 3:38.

Juga, kurang berdoa semasa membesarkan anak. Antara doa- doa yang digalakkan untuk diamalkan ialah doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t, Surah Al- Baqarah 2:128, doa diberikan zuriat yang menyejukkan hati, Surah Al- Furqan 25:74 dan doa agar anak mengerjakan solat, Surah Ibrahim 14:40-41.

2. Anak Diberikan Belaian Tarhib (Menakutkan)

Kesalahan kedua adalah anak- anak lebih banyak diberikan belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi). Contohnya seperti menakut-nakutkan anak- anak untuk pergi ke sekolah, menakutkan anak apabila berada di tempat gelap, menakutkan anak dengan hutan rimba atau bukit bukau ataupun menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak Tegas Dalam Mendidik

Kesalahan ketiga adalah tidak tegas dalam mendidik anak- anak. Contohnya seperti tidak menjadualkan kegiatan harian anak- anak dan telalu memfokuskan anak- anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur Anak Secara Negatif

Kesalahan keempat adalah menegur anak secara negatif. Contohnya seperti mengeluarkan kata- kata kesat dan maki hamun kepada anak- anak terutamanya semasa marah ataupun sentiasa membandingkan anak-anak dengan anak yang lain atau anak orang lain.

5. Memberi Didikan Yang Tidak Seimbang

Kesalahan kelima adalah memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani rohani dan minda. Ramai ibubapa yang lebih mementingkan didikan minda berbanding didikan rohani dan jasmani.

6. Kurang Memberi Sentuhan Kepada Semua Anak

Kesalahan keenam adalah kurang memberi sentuhan kepada semua anak- anak sedangkan Rasulullah SAW kerap dilihat mendukung cucu- cucunya dan mencium mereka.

7. Penampilan Diri Ibubapa Yang Tidak Kemas

Kesalahan ketujuh adalah penampilan diri ibubapa yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibubapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada dirumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak- anak.

Kesimpulan

Anak merupakan aset penting dan kita tidak boleh mengharapkan seorang anak menjadi seorang yang hebat secara spontan, tetapi ia memerlukan perancangan sejak dari dalam perut lagi. Ibubapa perlu berkorban untuk mendidik dengan penuh kesabaran agar anak mereka memiliki kualiti yang cemerlang apabila besar kelak dan memimpin generasi masa depan dengan sebaiknya.

Itu adalah diantara kesalahan-kesalahan yang seringkali dilakukan oleh kita ibubapa samada secara sedar ataupun tidak. Semoga artikel ini bermanfaat.

Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah sudi singgah di blog ini. Admin harapkan anda untuk menyokong blog ini. InsyaAllah, dilain kesempatan admin akan kongsikan beberapa lagi kesalahan- kesalahan yang tanpa kita sedari memberikan impak negatif dalam mendidik anak- anak kita.
LihatTutupKomentar