-->

Panduan Memohon Permit Pergerakan Melalui Aplikasi 'Gerak Malaysia'.

Permit pergerakan gerak malaysia

GERAK MALAYSIA

GERAK MALAYSIA adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak.

GERAK MALAYSIA juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19

Aplikasi 'Gerak Malaysia'

Aplikasi mudah alih 'Gerak Malaysia' dibangunkan adalah bagi tujuan memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan yang dibuat secara dalam talian.

Aplikasi ini dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai-balai polis, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak Covid-19.

Melalui aplikasi tersebut, kod QR unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan-sekatan jalan raya, sekaligus memudahkan pergerakan pemohon.

Perlu diingatkan bahawa permohonan permit pergerakan ini hanyalah bagi mereka yang terkandas di kampung halaman sebaik sahaja PKP diumumkan, yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja.

Permohonan Permit Pergerakan Rentas Negeri

Permohonan permit pergerakan melalui aplikasi mudah alih 'Gerak Malaysia' kini boleh diakses bermula pada hari ini, 26 April sehingga 29 April 2020 (Rabu).

Aplikasi mudah alih 'Gerak Malaysia' ini boleh dimuat turun melalui Aplication Store seperti Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Semasa pendaftaran kali pertama selepas muat turun aplikasi, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti berikut:-

  1. Nama penuh,
  2. Nombor Mykad/Pasport,
  3. Alamat,
  4. Nombor telefon peranti yagn digunakan, serta
  5. Alamat E-mel.
Pengguna juga perlu memberi kebenaran  kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS bagi membolehkan sistem aplikasi ini mengesahkan lokasi semasa pemohon, seterusnya meluluskan permit pergerakan.

Jadual Perjalanan 

Permohonan melalui aplikasi ini dapat membantu PDRM untuk mengenal pasti jumlah mereka yang bakal terlibat dan  menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.

Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR dapat dijana secara automatik.

Bagi memudahkan pergerakan pemohon, PDRM sudah menetapkan jadual perjalanan seperti berikut:
  • 1 Mei 2020 - Perak, Johor, Kelantan
  • 2 Mei 2020 - Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang serta 
  • 3 Mei 2020 - Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan.

Permohonan Permit Pergerakan Untuk Aktiviti Perlu

Selain daripada permohonan permit pergerakan rentas negeri, terdapat juga tatacara untuk memproses beberapa permohonan permit lain yang telah disediakan dalam aplikasi ini bagi tujuan-tujuan berikut:-
  1. Pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 Kilometer dari kediaman,
  2. Mendapatkan rawatan perubatan,
  3. Keadaan kecemasan,contohnya kematian ahli keluarga terdekat, dan
  4. Aktiviti perlu, seperti nenbaiki kerosakan kenderaan atau membaikpulih kerosakan di dalam rumah.
Walau bagaimanapun, hanya permohonan permit pergerakan rentas negeri sahaja akan diproses buat masa kini.

Orang ramai diingatkan agar hanya membuat permohonan bagi tujuan perjalanan yang benar-benar perlu seperti yang telah ditetapkan di bawah PKP, dan tidak menyalahgunakan kemudahan permit pergerakan melalui aplikasi mudah alih 'gerak Malaysia' ini.

Paparan Muka Aplikasi 'Gerak Malaysia'


Permit pergerakan gerak malaysia

Permit pergerakan gerak malaysia

Permit pergerakan gerak malaysia

LihatTutupKomentar