
Perkara itu telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, pada perutusan khas 23 April 2020. Juga, Perdana Menteri telah membayangkan bahawa PKP kemungkinan
akan dilanjutkan lagi selepas berakhirnya PKP Fasa 4 ini.
Bagaimana nak bayar zakar tahun ni?
Itulah persoalan yang muncul kerana kebiasaannya masyarat di
Malaysia membayar zakat fitrah melalui amil yang dilantik walaupun telah ada
kaedah bayaran secara atas talian yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh
beberapa negeri di Malaysia sebelum ini.
Pada 22 April yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, telah melancarkan Portal Zakat
Online sebagai pilihan kaedah bayaran
zakat fitrah untuk memudahkan proses pembayaran dibuat ketika PKP. Selain itu
katanya, kaedah tersebut bertujuan untuk meringankan beban umat Islam dan
mengambil kira keadaan semasa.
![]() |
Gambar BERNAMA |
Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri pada 20 April yang lalu juga telah mengeluarkan panduan berkaitan pembayaran zakat fitrah semasa PKP.







Download : 20-APRIL-2020-FAQ-JABATAN-WAKAF-ZAKAT-DAN-HAJI
Info aplikasi pembayaran zakat fitrah secara online
Berikut adalah beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat bayaran zakat fitrah secara atas talian (online) :-
- mobil SnapNPay
- e-Wallet Boost
- JomPay
- portal PPZ fitrah.com.my
- laman sesawang ejen bank (14 bank)
- PayHalal
- Portal MyEG
- U-Mobile
- Pos Online
Cara pembayaran zakat fitrah melalui SnapNPay
- Melalui Telefon Pintar
- Buka Aplikasi SnapNPay. (boleh dimuat turun di Apple App Store/Google Play Store)
- Imbas Kod QR yang diberikan.
- Masukkan Amaun Bayaran Zakat Fitrah.
- Pilih BAYAR dan ikut langkah seterusnya sehingga selesai bayaran.
- Melalui Laman Web
- Klik Logo SnapNPay yang diberikan.
- Masukkan Email yang sah untuk mendapatkan resit bayaran.
- Masukkan bilangan tanggungan.
- Pilih Bayaran bermula RM 7 (Bergantung pada beras yang dimakan)
- Bayaran akan dikenakan melalui Akaun Bank Pembayar.
Penutup
Zakat mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Ia adalah untuk kebaikan pengeluar zakat dan juga penerimanya. Faedah zakat juga dapat dinikmati oleh individu dan masyarakat. Antara hikmah dan faedah tersebut adalah seperti berikut:- Amalan berzakat boleh membiasakan diri pengeluarannya supaya bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Amalan itu juga boleh membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil.
- Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain.
- Zakat berperanan untuk memastikan sesebuah anggota masyarakat itu menjadi lebih sempurna
- Zakat memainkan peranan penting dalam menangani masalah pengangguran.
- Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki.
- Syeikh Ali al-Jarjawi dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa Falsafatuhu berkata: “Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada keamanan dalam negara".
Sumber: JAWHAR, Bh Online, SnapNPay Digital