-->

Pendarahan Otak Mudah Berlaku Jika Bayi Digoncang Atau Dihayun Dengan Kuat


Peningkatan mendadak kes dera bayi kebelakangan ini wajar mencemaskan dan membimbangkan kita. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kita mendengar laporan kes kematian bayi di negara kita.

Walaupun kes penderaan bayi bukan isu baru dalam masyarakat kita, namun itu bukanlah alasan untuk kita membiarkan ia berlarutan apatah lagi ketika kes seperti ini sedang menunjukkan trend yang meningkat.

Pada entri kali ini, admin ingin berkongsi artikel daripada Dr. Suriyakhatun yang sangat berguna dan bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Mungkin ramai ibu bapa yang masih tidak tahu sebenarnya bayi lebih mudah mendapat pendarahan otak sekiranya digoncang.

Nak tahu lebih lanjut?Jom baca perkongsian daripada Dr. Suriyakhatun..

bayi lebih mudah mendapat pendarahan otak sekiranya digoncang

Kes dera bayi semakin banyak di ketengahkan sehingga ada yang pos video yang mungkin di ambil oleh pemangsa atau kuncu pemangsa.

Ini satu perkembangan yang tidak sihat dan bagi saya akan ada orang yang sakit otak akan tiru.

Kita juga dikejutkan dengan ibu kelar anak sehingga mati dan pengasuh mendera anak sehingga mati dari pendarahan di otak. Mungkin anak itu banyak menangis menyebabkan pengasuh menjadi marah lalu dia ketuk kepala bayi atau goncang bayi terlalu kuat.

Bayi lebih mudah mendapat pendarahan di otak dan boleh mendapat pendarahan bila di goncang . Sebab ini tidak digalakkan menghayun bayi terlalu kuat dan laju dalam buai.

Ibu yang mengalami depresi akan cepat marah serta kurang sabar . Ramai kes mendera bayi atau anak adalah dari ibu mereka sendiri dimana ibu mengalami depresi dan kadangkalanya depresi ini adalah selepas bersalin (post natal depression)

Bagi pengasuh atau pembantu yang mendera bayi, saya rasa mereka ini pun mengidap sakit jiwa atau ada perasaan marah yang dilepaskan kepada anak di bawah jagaan mereka sebab tak mungkin orang yang tidak ada sakit jiwa mendera anak yang tidak ada dosa itu .

Ada anak yang susah nak jaga sebab terlalu banyak menangis, susah tidur dan susah nak dipujuk menyebabkan ibu bapa menjadi terlalu penat menjaga anak-anak bermasaalah ini. Anak begini selalunya ada penyakit. Menangis tanpa boleh dipujuk dengan mudah adalah kerana anak itu tidak selesa, mengalami sakit atau emosi amat terganggu. Dapatkan rawatan awal dan pastikan punca menangis itu cepat ditangani .

Dalam kes begini, walaupun ibu-bapa atau penjaga tidak mendera anak itu, perasaan meluat atau benci mungkin timbul sebab mereka menjejaskan dan menyusahkan ibu-bapa atau penjaga. Perasaan meluat ini dapat di rasa oleh anak dan akan menjejaskan lagi emosi anak yang sudah sakit itu menambahkan sakit mereka.

Awas ibu-bapa yang ada pengasuh atau hantar anak ke nurseri.

Jika anak tiba-tiba dapat muntah yang memancut , terlalu banyak tidur, lemah anggota badan , segera bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi sebab ia mungkin petanda shaken baby dan mungkin ada pendarahan di otak .

bayi lebih mudah mendapat pendarahan otak sekiranya digoncang

P/s : Sekiranya anda rasa artikel ini sangat berguna dan bermanfaat untuk anda, jangan lupa untuk kongsikan juga kepada teman-teman anda supaya mereka juga mendapat manfaatnya..Aamiin
LihatTutupKomentar