Bagi ibu yang tengah mengandung atau pun sudah bersalin pastinya mengetahui
‘stretch mark’ kerana stretch mark ini biasanya muncul pada waktu kehamilan dan
lebih daripada setengah wanita yang hamil akan mengalaminya. Namun , stretch
mark juga boleh muncul apabila berlakunya perubahan hormon, perubahan berat
badan yang drastik, selepas rawatan atau disebabkan penyakit keturunan tertentu.
Apa itu stretch marks?
Strecth mark merupakan tanda khusus seperti garis paralel yang muncul pada
kulit kerana perubahan hormon atau berlakunya regangan berlebihan pada kulit.
Pada awalnya strecth marks akan berwarna merah keungungan dan kemudian berubah
menjadi putih mutiara ataupun berwarna daging. Umumnya, stretch mark akan
muncul pada bahagian perut, paha atas, payudara atau pinggul.
Cara menghilangkan stretch mark
Terdapat banyak produk yang dijual di pasaran untuk keperluan ibu hamil bagi
menghilangkan strecth mark pada kulit mereka. Namun, admin di sini ingin
berkongsi satu petua yang mudah, murah dan selamat untuk ibu-ibu yang lebih
sukakan petua tradisional sebagai alternatif perubatan.
Bahan-bahan yang diperlukan;
1. Lidah buaya
2. Minyak Kelapa
Cara membuatnya;
1. Buangkan lulit lidah buaya dan potong lidah buaya menjadi saiz yang
sesuai untuk direbus.
2. Masukkan minyak kelapa setengah mangkuk.
3. Rebuskan/didihkan bahan-bahan tersebut selama 30 minit.
4. Angkat selepas lidah buaya berubah warna. Kemudian toskan
5. Buangkan lidah buaya dan masukkan minyak ke dalam botol.
Itu sahaja perkongsian admin kali ini. Semoga ibu-ibu di luar sana boleh mencuba petua ini untuk menghilangkan stretch mark di kulit ibu-ibu. InsyaAllah ianya mudah, murah dan selamat dijamin tiada bahan kimia..hehe
Akhir sekali jangan lupa kongsikan ke teman-teman ibu yang lain jika anda rasa entri ini sangat bermanfaat.