-->

Hama Punca Masalah Alahan Dan Astma


Sekiranya anda sering mengalami gejala seperti berikut:
  1. Batuk Selesema
  2. Gatal kulit
  3. Bersin
  4. Mata gatal dan berair
Dan masih belum mengetahui puncanya, kemungkinan inilah jawapan yang anda cari.



Hama adalah antara punca utama alahan dan astma

Hama merupakan antara punca utama yang menyebabkan pelbagai gejala alahan serta serngan astma.
walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, anthropods berkaki lapan ini sentiasa berada di sekitar anda terutamanya di dalam rumah.

Hama biasanya berada di celahan fabrik dan perabot seperti permaidani, langsir, tilam, cadar dan permainan lembut.

Walaupun bilik dan rumah sudah kelihatan bersih, namun hama tetap ada diruangan tersebut.
Suhu dan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun sangat ideal buat hama untuk hidup.




Apa kesan hama kepada manusia?

Sisa najis hama dan hama yang telah mati merupakan alergen ataupun punca kepada gejala alahan kepada manusia.

Kebiasaanya, walaupun anda telah mengambil pelbagai rawatan untuk masalah alahan tetapi tidak membasmi puncanya (hama), gejala alahan tetap akan berterusan.




Cara pencegahan alahan hama

Kajian menunjukkan hama lebih banyak berada di dalam bilik tidur. Oleh itu, bilik tidur merupakan fokus utama untuk operasi pencegahan hama.

Tips #1: Basuh cadar dan sarung bantal setiap minggu menggunakan air panas (60'c).

Tips #2: Kurangkan penggunaan fabrik, perabot dan permaidani di dalam bilik tidur.

Tips#3: Gunakan tilam dan bantal yang dilapik dengan alas anti hama.

Tips #4: Buka tingkap dan dedahkan ruang bilik tidur dengan cahaya matahari

Tips #5: Gunakan mesin hampargas yang memiliki fungsi penapis hama

Tips #6: Pastikan bilik tidak terlalu lembab.


Jadi, itulah serba sedikit mengenai hama dan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh teman-teman untuk melaksanakan operasi pencegahan hama di rumah. Bukan sahaja bilik bebas hama, malahan ruang bilik akan menjadi lebih bersih dan selesa.

Selamat beramal dan sayangi kesihatan kita!

Jika artikel ni bermanfaat pada teman-teman, jangan lupa share ke teman-teman yang lain agar mereka juga mendapat manfaatnya.

Kredit : Public Health Malaysia.
LihatTutupKomentar