-->

8 Petua Mujarab Elak Penyakit Demam Kuning Sebelum Kelahiran Bayi

Petua elak penyakit demam kuning sebelum kelahiran bayi

Penyakit demam kuning (Jaundis)

Penyakit demam kuning atau juga dikenali sebagai jaundis sudah menjadi perkara biasa terjadi pada bayi masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir akan mengalami penyakit demam kuning.

Cara mudah kesan bayi mengalami sakit demam kuning 

Hal ini sangat penting bagi ibu bapa yang baru mendapatkan anak pertama dan belum mempunyai pengalaman menguruskan bayi sebelum ini. Lebih-lebih lagi sekiranya bayi telah dibawa balik ke rumah dan bukan lagi dibawa pengawasan hospital ataupun klinik.

Ibu bapa boleh mengesan penyakit ini dengan cara memeriksa mata dan kulit bayi. Bayi akan mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang kelihatan kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut. Tambahan lagi, penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

8 Petua mujarab bagi ibu hamil untuk elakkan bayi mengalami sakit kuning selepas kelahiran

Petua #1: Amalkan minum susu kambing 2 kali sehari selepas sarapan dan sebelum tidur.

Petua #2: Amalkan makan buah kurma semasa sarapan pagi. (Kalau ada kurma aja lagi bagus)

Petua #3: Amalkan minum sesudu madu asli setiap pagi beserta selawat ke atas Nabi Muhamad sollallahu 'alaihi wassallam.

Petua #4: Amalkan makan buah delima ataupun boleh sahaja minum pati delima sekurang-kurangnya 500ml sehari.

Petua #5: Bila hampir nak bersalin, amalkan minum air kelapa setiap hari. Air kelapa juga sangat bagus untuk membersihkan kulit anak dan elak kulit kepala anak berkerak.

Petua #6: Amalkan minum satu sudu kecil minyak kelapa dara. Kebaikan minyak kelapa dara adalah sebagai selusuh untuk ibu mudah bersalin. (Nak lebih mudah boleh amalkan kapsul minyak kelapa dara, senang nak telan).

Petua #7: Amalkan pengambilan Alfalfa di hujung kehamilan juga membantu mencegah bayi terkena penyakit sakit kuning selepas lahir.

Petua #8: Akhir sekali, pujuk suami menggosok dan membelai lembut perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin. (Buat setiap hari lagi bagus)

Amat mudah bukan ibu mengandung!! Yang penting ibu haruslah rajin dan konsisten mengamalkan petua-petua tersebut. Dan yang sangat-sangat penting sekali, ibu hamil perlu beri lebih perhatian untuk diri sendiri demi kesihatan janin yang dikandung.

Selamat beramal dan sekiranya teman-teman merasakan artikel ini bermanfaat, silakan share ke teman-teman yang lain agar mereka juga mendapat manfaatnya, terima kasih!
LihatTutupKomentar