-->

‘Memang lawak cite ni, gelak dari awal sampai habis’ – Filem Agak Laen terima sambutan positif dari penonton

Agak Laen (2024), filem komedi seram dari Indonesia yang kini ditayangkan di Netflix.

Ia mengisahkan empat sekawan yang menguruskan sebuah rumah hantu di fun fair. Rumah hantu tersebut hampir bangkrap kerana cara mereka menakutkan pengunjung sangat membosankan.

Oki, salah seorang dari mereka, datang dengan idea baru untuk mengubahsuai rumah hantu tersebut. Setelah diubahsuai, seorang lelaki yang menghidap penyakit jantung meninggal dunia sewaktu mengunjungi rumah hantu tersebut. Kejadian ini membuat rumah hantu itu semakin seram.

Dalam usaha untuk menutupi insiden ini, mereka juga telah membuat keputusan yang salah. Dalam masa sama, keadaan menjadi semakin serabut apabila pihak polis cuba mencari lelaki itu yang menghilang secara tiba-tiba.

Walaupun agak gila-gila dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang, namun ia tetap menghibur jika anda suka dengan genre ini.

Filem Agak Laen menggabungkan unsur komedi dengan horor. Dari awal hingga akhir, filem ini berjaya mengundang gelak ketawa penonton. Elemen horor hanya digunakan untuk membuat jalan cerita lebih menarik.

Jika anda mencari tontonan yang menghibur dan menyentuh hati, “Agak Laen” adalah pilihan yang sesuai.

The post ‘Memang lawak cite ni, gelak dari awal sampai habis’ – Filem Agak Laen terima sambutan positif dari penonton appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar