-->

Tiada keturunan, Stephen Chow namakan 2 pelakon cantik warisi harta jutaan ringgit

Pelakon komedi terkenal Hong Kong, Stephen Chow dicatatkan memiliki kekayaan sehingga AS$185 juta atau RM877 juta.

Bagaimanapun, terdapat desas desus mengatakan harta yang dimilikinya akan diwasiatkan kepada dua pelakon jelita.

Pelakon berusia 61 tahun itu yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak telah menamakan Cecilia Cheung dan Xu Jiao sebagai penerima manfaat.

Cecilia muncul dalam King of Comedy Stephen. Filem tahun 1999 itu memberikannya salah satu daripada dua pencalonan Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong ke-19. Beliau memenangi anugerah itu untuk lakonannya dalam Fly Me To Polaris.

Beliau dan Stephen telah bekerjasama dalam projek-projek lain sepanjang tahun seperti Shaolin Soccer pada tahun 2001 dan The New King of Comedy pada tahun 2019.

Sumber Gambar: 8 days

Xu Jiao pula memainkan watak anak lelaki Stephen dalam komedi sains fiksyen CJ7 pada tahun 2008, ketika beliau hanya berusia 10 tahun. Untuk watak itu, beliau dinamakan Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong ke-28.

Xu Jiao yang kini berusia 26 tahun merupakan anak angkat Stephen dan dia dikatakan secara senyap membantunya dalam kewangan.

Walaupun wasiat berkenaan tidak begitu jelas, laporan menyatakan kandungan berkenaan bukan sahaja merujuk kepada wang sahaja, malahan juga saham syarikat.

Namun begitu, ramai yang musykil dengan perancangan wasiat berkenaan apabila mendapati Stephen dalam keadaan kesihatan yang baik. Selain itu, Stephen juga bakal menghasilkan rancangan realiti baru iQiyi dan beberapa projek drama lain.

Sumber: todayonline

The post Tiada keturunan, Stephen Chow namakan 2 pelakon cantik warisi harta jutaan ringgit appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar