-->

‘Harap muka handsome, tapi benak ubi’ – TikToker Indonesia dikecam kerana persenda Bahasa Malaysia

Sebagai pelancong, sangat penting untuk menghormati budaya dan bahasa tempatan negara yang dikunjungi. Ini bukan sahaja akan memastikan pengalaman pelancongan yang lebih menyenangkan dan bebas masalah, tetapi juga akan membantu mempromosikan hubungan yang baik antara negara-negara dan rakyatnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Yusuf Hendratno atau Buaya Bersayap (@myusufhendratno) di TikTok, telah menimbulkan kemarahan netizen Malaysia kerana mempersendakan Bahasa Malaysia.

Yusuf, yang baru pertama kali datang ke Malaysia, telah mempersenda beberapa perkataan yang tertera di papan tanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Antara perkataan yang dianggap melucukan olehnya adalah ‘Tuntutan Bagasi’ dan ‘Balai Ketibaan’.

“Hi gais, sekarang gwe udah arrived di airport Malaysia, Kuala Lumpur. Dan ada beberapa kalimat yang bikin gwe ngakak habis,” katanya.

Content murahan

Namun, perbuatan Yusuf itu tidak disenangi oleh netizen yang merasakan bahawa Yusuf sepatutnya menghormati bahasa tempatan.

“Kau nampak tak mamat tak sedar diri ini datang ke Malaysia semata-mata nak troll Bahasa Malaysia tak semena-mena? Memang membuktikan rakyat-rakyat konoha ni sejenis IQ terendah di dunia, benak dan membabi buta tak tentu pasal. Harap muka handsome, badan sado tapi benak ubi (tak cerdik),” kata pengguna X, @xtxaxfxk.

Ada yang turut mengesyaki Yusuf sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian dan seterusnya meraih komen, view dan followers ramai apabila video tersebut mula tular.

“Diorang buat macam ni supaya ramai yang komen, like dan follow. Content murah macam inilah yang selalu ada dalam kepala otak diorang,” tambah netizen lain.

Batak perhatian

Netizen gesa report

Terpaling rasa bagus

Difahamkan, Yusuf telah bertindak memadamkan video tersebut selepas menyedari dirinya dikecam teruk oleh netizen.

The post ‘Harap muka handsome, tapi benak ubi’ – TikToker Indonesia dikecam kerana persenda Bahasa Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar