-->

Admin FB DarSA Fried Chicken komen ‘Type C’, dikecam netizen – ‘Bukan camni cara jawab soalan bakal customer’

Restoran makanan segera baru, Darsa Fried Chicken (DFC) telah muncul sebagai alternatif bagi penggemar hidangan ayam goreng. Cawangan pertama DFC telah dibuka di Jalan Adenium, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dan dirasmikan oleh Yang Bahagia, Tuan Guru Sheikh Muhd. Zainul Asri.

Namun, reaksi awal di media sosial menunjukkan terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan harga menunya lebih mahal berbanding restoran yang diboikot.

Papan menu DFC

Seorang netizen, Ben, mengkritik DFC kerana menetapkan harga yang lebih tinggi, walaupun hanya menawarkan sebotol air berkarbonat secara percuma.

Netizen lain, Rizwan berpendapat, perniagaan tidak sepatutnya menggunakan sentimen perkauman untuk mencapai kejayaan. Perniagaan yang baik sepatutnya menerima semua bangsa. Dan tidak mustahil perniagaan yang bersandarkan nilai bangsa mungkin menghadapi kesukaran untuk bertahan lama.

Gambar: Focus Malaysia

Label Cina sebagai ‘Type C’

Sementara itu, tindakan ‘admin’ Facebook DFC melabelkan kaum Cina sebagai ‘Type C’ ketika membalas komen netizen telah mengundang kecaman. Majoriti netizen menyelar sikap tidak profesional admin tersebut.

Bukan begini cara jawab soalan bakal pelanggan

Orang bisnes wajib neutral

DFC perlu mempertimbangkan semula strategi harga dan pendekatan komunikasi mereka untuk memastikan kejayaan jangka panjang.

The post Admin FB DarSA Fried Chicken komen ‘Type C’, dikecam netizen – ‘Bukan camni cara jawab soalan bakal customer’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar